Khairy ‘berok berani’ cabar kita kerana dia menantu PM – Mat Sabu

Mat Sabu di perhimpunan KUALA LUMPUR, 11 Nov: ‘Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu beruk yang duduk di celah ketiak Pak Lah,” kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu yang membidas cacian Naib Pemuda Umno terhadap rakyat yang menyertai himpunan rakyat semalam.

“Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku,” ucapnya dengan disambut sorakan dan ketawa 2,000 hadirn yang mendengar ceramah di Taman Melewar malam tadi.

Mohamad Sabu menyelar tindakan Khairy yang tanpa segan silu walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang himpunan 100,000 rakyat semalam yang kononnya bakal mencetuskan suasana kecoh.

Katanya terbukti dakwaan Khairy meleset dan rakyat telah menunaikan janji apabila melakukan himpunan secara aman, berdisplin dan tidak merosakkan harta benda awam.

“TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar ddalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO. Image

“Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman,” katanya di sambut dengan laungan ‘Takbir’ oleh orang ramai.

DSAI di perhimpunan Katanya himpunan rakyat ini merupakan rentetan daripada punca Pilihan Raya 2004 yang buruk dalam sejarah Malaysia yang antaranya perpindahan pengundi dan persempadanan semula yang tidak adil yang berlaku di Selangor, Trengganu dan Kedah.

“Kalau tidak ada perubahan, kita akan turun ke jalan raya 300,000 hingga 400,000 orang.

Turut menyampaikan ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir sama Ajk Bersih Anuar Tahir, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik yang lain.

Advertisements

6 Respons

  1. […] pembangkang. Pembangkang tu siapa ? manusia yang berkerakyatan Malaysia, atau haiwan dikalangan beruk ? Perhimpunan ni perhimpunan untuk rakyat. Bukan kepentingan peribadi. BERSIH adalah sebuah […]

  2. Kalu PAS berbaik dengan UMNO alangkah besar pahlanya. Kita sama-sama berjuang membuang DAP di Pulau Pinang..Ini tidak bila DAP menang kita bersorak bila UMNO kalah kito perang sesama sendiri. Melayu oh Melayu bila nak ceredik tak tahu lah.

  3. kepada awang merah, kenapa baru skrg nak ajak pas berbaik2 dgn umno ? padahal pernah dulu pas ajak ymno bermuzakarah tapi di tolak, dan kenapa pula saudara marah sgt dengan DAP yg baru pegang pulau pinang tak sampai sebulan.. padahal MCA pegang dah bepuluh tahun.. nasib melayu pulau pinang tidak juga terbela.. jgn le cuba mainkan isu perkauman…

  4. awng merah, guono loni baru duk ghoyak, melayu di pinggirkan,….melayu penang lama doh d pinggirkan , zaman gerakan bn merintah lg………tok guru kata doh…kalu umno letak al-Qur’an & hadith sebagai dasar, buke setakat PAS gabung ngan umno jah, bahkan parti PAS kita bubar, pakat masuk umno belako…..tapi syaratnya serupo tadilah…………..

  5. awang merah…
    melayu yg ko ckp tu…itulah melayu yg dihasilkan oleh UMNO……….kenapa br skg nak buang DAP…bkn dulu cina gak yg pgg penang tuh…so what….apa bezanya..isu camni dah lapuklah…sdh terhantuk br terngadah…

  6. Awang Merah ni xsekolah kot? Sejak bila UMNO masuk bertanding dlm pilihanraya? Mana ada parti UMNO? Yg ada adlh BN. Dlm BN ado cino Gerakan & MCA, Keling MIC, geng2 Dayak Supp, ABS dll… Kahkahkah… Yang pegang Penang dr dulu sampai Melayu nok mapus kat situ adlh Gerakan & MCA bwh BN… So, siapa puncanya??? Siapa pembunuh Melayu?? Kenapa Melayu sana bgn menentang K’jaan BN (Gerakan/MCA)??? Fikir2kanlah… Cetek ilmu betul la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: