Husam doa cari adik Sharlinie

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa diiringi Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan Petaling Jaya tengahari semalam.
Doa Husam
Dalam pertemuan tersebut, Husam mengambil masa setengah jam untuk bermunajat bersama-sama rombongan dan keluarga kanak-kanak bagi meminta pertolongaNya agar Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Dalam suasana yang tenang dan sayu itu, kedua-dua ibu bapa Sharlinie begitu khusyuk menadah tangan memohon pertolongan daripada Allah.

Kedatangan pemimpin PAS itu, bersama-sama PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, disambut baik bapa kanak-kanak itu Mohd Nashar Mat Hussin, 29, isterinya Suraya Ahmad, 28.

rombongan Husam dan pas pjs
Husam melahirkan kebimbangan, akibat pelbagai jenayah yang menimpa rakyat negara ini terutama melibatkan kanak-kanak kecil termasuklah pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin dan terkini pula kehilangan kanak-kanak Sharlinie, 5.

Husam mengajak seluruh rakyat negara ini berfikir dan sama-sama kembali serta mendekatkan anggota masyarakat kepada agama dalam erti kata yang sebenarnya.

Husam yang meluangkan masa kira-kira setengah jam turut memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada Nashar sekeluarga supaya bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah.

Husam ketika ditemui berkata, keyakinan kepada agama boleh menjadi penghalang kepada perlakuan jenayah di semua peringkat dan segi.

“Kalau kita jauh dari agama biarpun polis sudah ramai, kamera litar tertutup pun sudah ada, kita tidak boleh jamin masyarakat kita selamat daripada penjenayah-penjenayah, inilah satu peluang untuk mencari satu kesedaran, ” katanya.

Justeru, Husam menegaskan usaha yang dibuat oleh kerajaan selama ini tidak cukup menyebabkan rakyat semakin jauh daripada agama.

“Kita didik masyarakat kita dengan cara yang tidak berteraskan agama akhirnya mereka hilang keyakinan hari akhirat dan hari pembalasan neraka, mereka sudah jadi syaitan,” katanya.

Turut sama dalam kunjungan itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, beliau percaya masyarakat pada hari ini berada dalam ketakutan.

Katanya, kesan jenayah sosial yang berlaku hari ini menyebabkan urusan harian masyarakat terganggu terutama mereka yang tinggal di bandar yang mana kebanyakkan ibu bapa bekerja.

Beliau juga berharap masyarakat jangan hanya menyatakan kasihan apabila menatap poster Sharlinie sebaliknya berusaha dan berfikir bersama-sama mencari serta beringat perkara seperti ini tidak berulang lagi.

” Saya bimbang kita asyik sebarkan poster tetapi tidak ada usaha untuk fikir bersama-sama mencari ataupun beringat perkara ini tidak berulang lagi kepada anak-anak yang lain,” katanya.

Bagaimanapun beliau kesal dalam kes yang melibatkan kanak-kanak tidak lama dulu sehingga kini polis masih tidak berjaya menangkap penjenyah terbabit.

Dengan itu, katanya pihak polis perlu pertingkatkan usaha mereka kerana kepakaran itu hanya ada pada mereka.

“Walaupun disiarkan lakaran gambar penjenayah, tetapi keparakan itu tidak ada saya tegaskan polis perlu pertingkatkan usaha mereka kalau tidak kredibiliti polis akan dipertikaikan oleh rakyat, misalnya apa yang sudah berlaku dalam kes Nurin Jazlin Jazimin sampai sekarang pembunuh masih tidak ditemui,”.

“Pihak polis pula tidak boleh menunggu sehingga kes menjadi banyak barulah hendak bertindak, misalnya kalau sebulan selepas ini adik Sharlinie masih tidak dijumpai saya takut perkara ini akan jadi senyap, sehingga timbul pula kes kehilangan kanak-kanak lain baru nak fikir semula apa dah jadi dengan Nurin dan Sharlinie,” tegas beliau.

ImageSharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama.

3 Respons

  1. kikiki…..

  2. guano napok ore smart dok kilah lenge tuh….tok amik gamba ko? ko jadi model plok…hik..hikkk

  3. JOM BERSAMA PEMUADA BERSAMAMU…..KMN
    MISI MENCARI ADIK SHARLINIE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: