“Komisen kapal selam, pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang…kita ada bukti” – Anwar

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri agar tidak memutar belit fakta-fakta berhubung pelbagai dakwaannya ke atas kerajaan Umno/BN kini.

DSAI Anwar mengalu-alukan untuk dinilai prestasinya sewaktu mejawat Menteri Kewangan selama lapan tahun secara terbuka.

Anwar yang mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya semalam berkata beliau tidak takut dengan kenyataan Najib itu malah mencabar secara terbuka.

“Saya tidak ada masalah kalau dia (Najib) nak nilai, dia boleh nilai, saya sebagai Menteri Kewangan lapan tahun dia boleh nilai, kita tak ada masalah,” ujarnya.

Anwar mempunyai bukti untuk mengaitkan dakwaan dakwaannya terhadap kerajaan termasuk isu yang membabitkan Najib.

“Dia kata saya tak ada asas.Saya sebut soal harga barang, negara hilang daya saing dulu nombopr 17 (1997) kini 23.Indeks korupsi kita dan semakin teruk. Isu korupsi kita ada bukti termasuk komisen kapal selam, Pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ),” tegasnya.

“Apa asas yang dimahukannya lagi?.Saya tak ada halangan, tetapi ini jangan seperti yang dibuat oleh Umno sebar dakwan kata KeADILan pro-yahudi Cina dan Hindu, sebar di Permatang Pauh, burukkan saya.Ini tak ada etika dalam kempen,” katanya.

Jika Umno atau Najib ada bukti mengenai dakwaannya itu, Anwar mencabar mereka secara terbuka menjelaskan bukti-bukti.

“Dia tak boleh jawab tentang isu ekonomi, isu kenaikan harga barang, masalah jenayah yang sangat tinggi sejak merdeka, rasuah dan, mereka tak boleh nafikan hal ini,” ujar Anwar lagi.

Sebelum ini, Najib dalam beberapa siri jelajah kempen pilihan raya mengecam tindakan Anwar melemparkan tuduhan mengenai rasuah, masalah ekonomi dan kemelut jenayah negara.

Najib menyatakan bahawa apa yang didakwa Anwar dan pembangkang sebagai tidak berasas dan mahukan awam menilai prestasi seseorang pemimpin itu ketika berhadapan dengan krisis.

28 Respons

  1. Kekadang kerana duniya kita saling terkeliru…kita lupa akhirat yang pasti ada selepas mati…maananya kita akan dihidupkan semula selepas mati…prestasi kita yang mutlak akan diperhetongkan tanpa ragu ragu…yakin lah saudara semua itu adalah benar…bukan cerita klasik yang ketinggalan zaman…pembangunan…kemajuan…kekayaan…adalah sementara…cukup time tanpa kira lokasi anda…anda pasti mati…roh anda melayang layang kesana kemari sekiranya tidak disuci…cukup untuk hari ini…pesanan ini dari hamba yang ikhlas untuk saudara jugak…Alfatehah …baca sekali sedekah lah pahala seumpama bacaan fatehah itu kepada ibubapa kita…dan berniat lah didalam hati agar kesihatan ibubapa kita dan kepad aorang yang anda tuju itu sehat dan di limpah kurnia rahmat sepertimana orang orang yang terdahulu…Sebenarnya selawat nabi yang kerap kita lapazkan dan menjadi kebiasaan mulut menyebutnya…adalah amalan paling terpuji… jangan lupa selawat kalau dikira dalam sistem adalah ANti Virus paling bekesan dalam dunia sejagat ini..bacalah selawat selawat selalu…anda akan selamat…dan jangan lupa jagalah diri anda supaya dalam keadaan terkawal nafsu dengan meletakkan dahi ketanah setiap hari agar jiwa kita senantiasa dalam infiniti ‘0′ dan inyaalah jiwa kita akan tenang…

    dan berpaksilah kepada Allah dengan apa keadaan ketika senang susah…maanaya letakkan didalam hati itu Allah segalanya…detikkan didalam hati dengan zikir Allah Allah Allah berterusan dengan diam(sirr)…

    Salam dari hamba glaxies

  2. Aiyoh Globalmalau,

    You pergi akhirat dan komplain disana lah…,

    xxx

  3. Anwar nieh… dah tak ada kerja ke ? Bukti..bukti..bukti… Tapi tak pernah keluar pun !!! Cakap je senang le beb… Tak payah le nak cakap banyak…Kasi keluar aje itu bukti… Kalu tak, apa beza ko dgn pemimpin penipu yg lain ?

  4. betoi 2 jgn dok gempak je ada bukti..sebenarnya tak dak…

  5. kerajaan sekarang bukan boleh terima bukti. Pemberi bukti nanti masuk lokap, penjenayah asyik senyum “…correct…correct…correct…” dan “…bukti tak releven…”…

  6. Anwar patut ajak Pok Lah bukan Najib untuk berdebat. “Saya Perdana Menteri”, kata Pok Loh.

    Mahukah Anwar menyerang Pok Loh?

    Mahukah dia menerima padah kemarahan kaum keluarga yang ada kaitan saudara dari kedua2 belah yang kononnya tidak suka dia menyerang Pok Loh?

    Hahaha … Anwar pasti takut tak ada can masuk balik UMNO. Sekarang ni semua dia mahu, dalam PAS pun dah ada orang utk sambut kalau PKR kecundang bungkus.

    Herannya Tuan Penasihat ahli kah dalam PKR. DIa memadam komentar yang bertanya isu ini di blognya..

    Hahaha … Jual orang lagi untung dari jual unta

    Pandai masing2 nak jual orang. Tapi Husin Lempoyang tak boleh jual.

  7. Kita ketandusan pemimpin yang jujur terutama pemimpin Islam. Kita kekeringan hala tuju. Kita teperangkap dengan sistem kehidupan meletakan
    kebendaan di hadapan perjalanan. Kita melanggar
    loroong haram dan makruh. Malahan sekarang kita termasuk negara orang Islam berada di dalam lorong itu. Lorong halal, wajib, sunat sudah kurang diperdulikan. Tangan yang dan hati yang bathil merosak alam : tanah, air, api dan alam sekitar sudah dibolot oleh kapitalis dengan menggunakan elit politik di hadapn. Undang-undang Allah, alam semula jadi dan peraturan masyarakat dinodai. Mereka bermatlamat pada wang, gelaran, hedonisme. Siapa yang salah ?
    Hukuman dijatuhkan kepada manusia yang melalakukan dan juga mereka yang membiarkan.
    Gempa bumi, tsunami, ribut, puting beliong, salji tebal, jerebu, penyakit, banjir, fikiran buntu, penceraian dengan pemisahan keluarga menjadikan yang lelaki dan perempuan yang jahat berkumpul…
    Islam tercabar, penganutnya tidak menentu hala.-qaturah 01 02 08.

  8. Kita ketandusan pemimpin yang jujur terutama pemimpin Islam. Kita kekeringan hala tuju. Kita teperangkap dengan sistem kehidupan meletakan
    kebendaan di hadapan perjalanan. Kita melanggar
    loroong haram dan makruh. Malahan sekarang kita termasuk negara orang Islam berada di dalam lorong itu. Lorong halal, wajib, sunat sudah kurang diperdulikan. Tangan yang menurun tanda-tangan daripada hati yang bathil merosak alam : tanah, air, api dan alam sekitar sudah dibolot oleh kapitalis dengan menggunakan elit politik di hadapn. Undang-undang Allah, alam semula jadi dan peraturan masyarakat dinodai. Mereka bermatlamat pada wang, gelaran, hedonisme. Siapa yang salah ?
    Hukuman dijatuhkan kepada manusia yang melalakukan dan juga mereka yang membiarkan.
    Gempa bumi, tsunami, ribut, puting beliong, salji tebal, jerebu, penyakit, banjir, fikiran buntu, penceraian dengan pemisahan keluarga menjadikan yang lelaki dan perempuan yang jahat berkumpul…
    Islam tercabar, penganutnya tidak menentu hala.-qaturah 01 02 08.

    • Huuu insaf wehhhhh, materialistik hanyalah fizikal yang hanya dilihat di mata kasar…
      apakah halanya jika semua fizikal ini ditarik

  9. Globalmalau,dunia dan akhirat kenalah seiring..kalau didunia merempat,miskin hina nak pakai baju bersolat pun takde..mcmana nak kejar akhirat?
    kalau nak kejar akhirat jek,takde masa nak surf 2 internet ni … lagipun orang kafir yang cipta komputer dgn internet ni,haram orang islam guna/pakai…nak tunggu orang islam yg cipta,sampai akhirat pun tak dapat!

  10. Semua nak salahkan orang lain,konspirasi jewslah,konspirasi kristianlah…taknak kaji kenapa orang islam mundur? silap sket,kita kata pakatan Jews…….banjir,tsunami sket kata balasan tuhan?taknak kaji pulak kenapa berlaku!Dah ko dah tebang semua balak2 kat hutan,ozone pun dah nipis sbab apa pulak?takkan orang Jews pulak yang nipiskan ozone tu..Haaa,aku tau!sebab ramai tak solat lah sebab tu lapisan ozone tu tiap2 hari makin nipis..

  11. kmen, kmen jg. bia lh gna otk. nkth.

  12. Brother wae jo..

    Kindly to visit

    http://agendapemuda.wordpress.com/

    thanks for allowed us stay for a night in your house…hehe

  13. Abe jo tolong addkan blog ni di jaringan blog tu deh….

  14. ada relevan ko lagi anwar ibrahim nie

  15. Jangan bagi konco-konco dia ni tanding di Kelantan. Nak tanding gi negeri lain. Setakat UMNO tu biar PAS saja lawan di sini. Tandingpun buat kalah jerrrrrr. Silap-silap haribulan, puak-puak dia ni masuk UMNO balik. PAS jugak yang putih mata. Lebih baik kita buang dia jauh-jauh.

  16. Tambah sikit lagi…. Pergi MAMPUS dengan PKR.

  17. sapa pun sama saja……bila dok kat level tu…….mesti lupa diri punya ..takdak yang betoiiiiiiii punya lah……..kita tak mau ambik………oarang kirikanan suruh jika tak kena guling ..jadi musuhhh……..hangpa pun sama juga……….sembang saja pandai……..musyidul pas..Nik Aziz aku tak tau……..pasai aku tak kenai…….tapi oarang lain 2×5 jawab dia……..sama…..macam duk ada la………….yang betoi aku pikiagggg….kita kena ubah perlembagaan ikut cara islam sama macam dalam kitab al quran…….sapa.- sapa perintah pun tak pa janji ikut cara dalam al quran……..

  18. pembangkang sila buka mata, sila lihat dan buat semakan terhadap nama-nama pesara tentera kerana kemungkinan nama-nama tentera yang telah berpencen pun masih terdapat dalam daftar pemilih yg bakal membuat undi nanti.

  19. aiyoo korang ni klu nak comment biaq pikiaq dulu, jgn main bantai aje……….klu ko dgr ceramah DSAI, TGNA, dll ko akan tau siapa yg lebih berqualiti sebagai pemimpin brbanding pimpinan AMNO skrg……….takkde org yg maksum…….tgklah najib, KJ mahupun PKLAH, care diorg brckp tiade karisma…pikir2kanlah……….

  20. najib memang takut ….kalau dg orang kampug dia lah juara…….tapi ….kecut dalam dewan…hujah macam budak tak berilmu

  21. kiter biasa jeerrr…dude..TQ…kita tak kemana…makan pun sepinggan jerrr…rasa nak kenyang berhenti…berpolitik atau memninati politik lain beb…kita pun tak minat tapi buat minat…sebab ingat dunia juga dude..bab sokong sapa pun boleh…sama jaaaa…manusia warak pun tenggelam…biasa lah bila nak undi…kita dah lupa …benda nie sat jeeer…esok mengundi..lepas tu menyepiiii…Yang aku tahu Khairi pekena MUkhris lawan di langkawi mudah2an Team sana tak nak mukhrizzz…rupa nya salah strategi khairi nie…guna utusan dimuka depan…tu la kerja depa…bukan kah team itu kawan kawan semua…Sebenarnya itu lah tanda nya Khairi akan tenggelam..tak lama lagi…percayalah…yang cepat timbul akan tenggelam pun cepat….sian KHairi…mudah2an dia cepat pergi….

  22. Chikiaw…tak payah pergi sana…jumpa ayah pin jeerrrr..sesuai dengan u chikiaw…

  23. Dude, di Februari 2nd, 2008 pada 12:18 pm Kata:
    Globalmalau,dunia dan akhirat kenalah seiring..kalau didunia merempat,miskin hina nak pakai baju bersolat pun takde..mcmana nak kejar akhirat?
    kalau nak kejar akhirat jek,takde masa nak surf 2 internet ni … lagipun orang kafir yang cipta komputer dgn internet ni,haram orang islam guna/pakai…nak tunggu orang islam yg cipta,sampai akhirat pun tak dapat!

    WEI DUDE!!!!!!

    SAPE MUNG NI KUTUK-KUTUK ORANG ISLAM…ORANG ISLAM LAH YANG AKAN MEMAKMURKAN DUNIA…U INGAT ORAG KAFIR TU YANG BUAT SEME BENDE…..ORG KAFIRLAH GI CURI APA YANG ORANG ISLAM TEROKAI DAN JUMPAI (PENGETAHUAN) PADA MASA DULU KALA ZAMAN ADAM LAGI…..LAIN KALI NAK KUTUK,GUNA OTOK MUNG TUE….SAPA YANG LAHIR DULU DIMUKA BUMI NIE…CAKAP TAK BERTEMPAT KALO BERTEMPAT PUN KAT JAMBAN…..!!!!!!!BACA HADITH/QURAN BIAR BANYAK SIKIT….KALO ORG ISLAM LA…..KALO MUNG KAFIR, MEMANG SAH DAH MUNG TU TAKLEH GI SAPA MANE….NGATE KAT ISLAM JEK BULEH TAPI INISIATIVE NYE TAKDOK….CUBA MUNG PELAJARI ISLAM SEBENAR KALO NAK TAHU GOK…MASUK ISLAM….

  24. Biarkan Dude ngan Chikiaw dengan labunya…tak mengapa…jiwanya maseh tak ekses Allah lagi…tak der line nak aktivekan…insan yang jiwanya dikawal oleh makluk lain…payah nak kita berbincang…nak menang jerrr…

    salam kepada kengkawan sealiran…

  25. MALAYSIA MENCTRET

  26. […] Razak tertungging dan diheret masuk ke dalam penjara kerana melakukan penyelewengan serta rasuah. (BACA DI SINI) Dan memandangkan William Bordoun telah dihalau, maka sewajarnya Anwar mengemukakan bukti yang […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: