18 Tahun Comel Sengoti

18 Tahun Comel Sengoti

18 tahun tok guru pimpin kito
rakyat hidup makmur penuh bahgio
isle kito junjung adab kito jago
tok soh lah dok nok bohong kato tok buat gapo sekaro

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

dulu demo kato meretoh 3 bule
kini sudoh nyato bule semakin tere
hati raso banggo hidup pun raso tene
kelate negeri kito teraju perubahe

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

agamo isle jadi dasar kito
negeri kebajike utk rakyat jelato
doa siye male tok guru wak kijo
nok tengok rakyat kelate hidup ame sentiaso

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

takaful kifalah utk wargo tuo
ibu tungga armalah pun kito amik caro
rumoh dhuafaat cakno keluarga bahagio
hok ni pas buat jange lah demo lupo

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

maso mulo meretoh tok guru bue judi
akaun hok ribo tok guru tolok tepi
demo maroh belako kato MB ikut hati
hok ni kawe gak raso demo ni tok berapo reti

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

gapo alase demo nok lawe kawe
hok mano kito buat keno denga isle
jange kito loghat biar lah kito pehe
baru kito ni sepakat pakat jago kelate

18 tahun tok guru pimpin kito

o… o.. o…

negeri kelate negeri kebajike
koto baru pulo bandarayo isle
maghi kito sokong mari kito pege
semuga tok guru teruh peretoh kelate

18 tahun tok guru pimpin kito 2 X

maghi pakat sokong biar meretoh sapa ke bilo

Bodo Lebih Pada Very Stupid But Not So Stupid

Bekas wakil rakyat UMNO Dun Jelawat, Mohammad Hasan atau lebih dikenali ‘Abe Mat’.

🙂

DIJEMPUT KE MAJLIS RAMAH MESRA ANOK KELATE

Di Jemput ke Majlis Ramah Mesra Anak Kelate Bersama

1. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. Dato’ Paduka Husam Musa
3. Alfadhil Ustaz Mohd Amar Abdullah

Tempat: Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh: 2.03.08 (Ahad)
Masa: 8:00 (Malam)

Hubungi (0123195435)

Sebarkan…

Rakyat Kelantan dihormati kerana miliki prinsip kental

PENGKALAN CHEPA, 28 Feb (Hrkh) – Rakyat Kelantan lebih dihormati kerana kematangan mereka berpolitik sehingga dapat menentukan siapa yang layak mentadbir negeri.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, selama ini rakyat negeri ini dihormati masyarakat luar khususnya di kalangan pelancong disebabkan berprinsip lebih kental dalam berpolitik.

Rakyat Kelantan dihormati kerana prinsipnya yang tidak mudah termakan dengan janji-janji projek dan rasuah politik semasa musim pilihan raya seperti sekarang.

Sebaliknya rakyat Kelantan menggunakan akal dan agama Islam sebagai sandaran semasa mengundi bagi memilih parti yang bakal memerintah,” katanya dalam satu majlis ceramah di Panchor dekat sini, baru-baru ini.

Oleh itu beliau meminta pengundi agar terus memberi sokongan kepada kepemimpinan PAS yang diterajui Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana telah terbukti berjaya mengurus tadbir negeri dengan prinsip agama.

Katanya, pemerintahan PAS di Kelantan penting dipertahankan sebagai asas untuk membuat perubahan di peringkat kerajaan Pusat.

“Rakyat Kelantan mesti terus kekal menjadi guru politik kepada rakyat Malaysia,” ujar Mohd Amar yang mempertahankan kerusi Dun Panchor pada pilihan raya umum ini.

Petikan Harakahdaily.net

Anak jati Kelate sentiasa ingat pesan Tok Guru

Ungkapan ajaib Tok Guru Nik Aziz ‘beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih dan beri kertas undi pangkah bulan’ kepada rakyatnya sejak dulu lagi sememangnya ‘dipegang’ kuat orang-orang Kelantan lebih-lebih lagi apabila menghadapi pilihan raya.

Walaupun pelbagai tawaran cuba diberikan oleh pihak Umno/BN bagi memenangi hati rakyat Kelantan agar rakyat negeri itu boleh memberi laluan kepada mereka untuk memerintah ternyata rakyat negeri itu tidak mudah dimakan pujuk rayu.

Amanat Tuan Guru kepada rakyatnya tidak akan luntur dengan tawaran-tawaran menarik Umno/BN baik hendak menjadikan negeri Serambi Mekah itu sebagai Pusat Ketamadunan Islam yang terbilang jika mereka memerintah.

Tawaran itu dilontarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, bukan itu sahaja beliau juga ingin membina sebuah masjid yang bernilai RM2.1 juta di Guchil, Kuala Krai.

Najib harus ingat, rakyat Kelantan mempunyai ‘chemistry’ yang kukuh dengan Tok Guru, mereka tidak pandang pada projek-projek yang bernilai jutaan ringgit, yang penting pemerintahan beliau dalam membela kebajikan sejak dulu lagi.

Tawaran PAS kali ini ‘Negara Berkebajikan’ sudah lama dipraktikkan di Kelantan dan rakyatnya agak selesa biarpun hidup secara sederhana.

Bahkan Najib Tun Razak dengan sombong dan angkuhnya menyeru rakyat negeri itu agar menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah.

Agaknya Najib kena kaji sedalam-dalamnya mentaliti rakyat negeri Kelantan sebelum bercita-cita menawan rakyat negeri itu.

Malahan, Najib juga meminta rakyat negeri itu supaya menghentikan budaya ‘beri pitih ambil, undi belum tentu’.

Yang terkini pula, Timbalan Pengerusi Pemuda Umno Khairy Jamaludin memujuk anak jati Kelantan yang berada di Lembah Klang berpakat balik mengundi pada pilihan raya tidak lama lagi.

Dengan menubuhkan Bilik Gerakan “Pakat Kelik Ngundi” (pakat balik mengundi), pergerakan itu turut memperkenalkan slogan “Pade Doh” dalam loghat Kelantan yang bermaksud cukuplah 18 tahun Pas memerintah negeri terbabit.

Sebenarnya yang paling tepat slogan ‘pade doh’ itu ditujukan kepada kerajaan Umno/BN yang bertahun-tahun memerintah negara ini, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dengan berbagai-bagai masalah termasuklah jenayah meningkat, harga barang melambung, kenaikan minyak, projek mega yang memberi keuntungan kepada kroni-kroni.

Khairy juga kena tahu, anak jati ‘Kelate’ yang berada di Lembah Klang bukan mudah untuk memangkah BN, sifat kenegerian mereka sangat kuat sehinggakan mereka masih berpegang teguh kepada pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu anak ‘Kelate’ yang belum menukar tempat mengundi biarpun mereka bekerja atau menetap di Lembah Klang, mungkin mempunyai agenda tersendiri sama ada mereka sayang dan masih memerlukan khidmat Menteri Besar mereka yang mempunyai keperibadian yang disegani.

Jika mereka tidak memerlukan Menteri Besar seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu fikir untuk pulang ke negeri asal untuk mengundi, lebih baik mengundi di tempat mereka bekerja.

Justeru, jika demokrasi dijaga dengan baik dan tidak dibawa pengundi haram, tidak diugut maka tidak ada sebab rakyat Kelantan boleh menerima orang lain.

Petikan harakahdaily.net

Antaro Pesan Mok Nge Tok Guru

Pesan Mok

Pesan Tok Guru pun lagu tu jugok, sebab nak-nak kali jemaat, tok guru dok pesan sokmo kkito dale kuliah jumaat dio. Jadi kalu ubah lirik “Pesan Mok” iaitu tukar Mok ke Tok Guru. Ia menghasilkan pesane yang samo. Pesane Mok ikhlasnyo dari hati dan Pesane Tok Guru ikhlasnyo dari hati. Realitinyo, pado ambo, kedua-duo nyo ikhlas dan menjadi panduan ambo dudok tepat ore dan secara amnya boleh jadi panduan kito untuk selamat di dunio dan di akhirat.

Lirik Pesan Tok Guru

ingat sokmo hok tok guru pese
nak nak kali ambo nok turun jale
jange lupoke tuhe
kito ore isle tok leh tinggal semaye

ingat sokmo hok tok guru pese
walau jauh dok tepat ore
jange lupo kampung lame
worih waroh dikelate
tok leh sombong ngan ore

pesan tok guru ambo tok terlupo
pesan tok guru ingat pah bilo bilo
pesan turun pulok ghoyat wi ko anok ambo
kito harto takdop, pesane jadi sako

ingat sokmo hok tok guru pese
kito susoh jange tupe ore
tok soh pinje berute
kalu der banyok ute kito payoh nok seney

hok tok guru pese hari hari
panda panda jago diri sendiri
baloh cekoh jange cari
tepat susoh jange dok gi
ore kenak keno lari

maso kito kayo rama lah saim sobat
der takdop gapo sekaro
kucip pon tok dok dekat
maso sene lego rama lah kaum kerabat

ingat lagi hok tok guru kato
hati-hati dale wak kiro bicaro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tok baik ngumpat ngato

hok tok guru pese hari hari
kito kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nok gi
baik baik jago diri

pesane tok guru ikhlasnyo dari hati
pesan ko rakyat dio jak mulo sapa loni

ingat sokmo hok tok guru pese
ingat sokmo hok tok guru dok pese
ingat sokmo hok tok guru pese

Sapo kato negeri kito paling sesok?