Arah boikot keputusan Istana, Presiden Umno patut didakwa

Oleh Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mendakwa tindakan biadap mereka memboikot Menteri Besar yang dilantik oleh Istana Terengganu, Datuk Ahmad Said adalah berasaskan arahan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi DPP Pusat, perbuatan biadap Presiden Umno ini telah menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap Sultan secara terbuka oleh ahli-ahli Umno Terengganu yang akhirnya boleh menggugat kestabilan politik negara.

Kesan daripada arahan Presiden Umno tersebut, kesemua ADUN BN kecuali Datuk ahmad Said telah bertindak menyokong Datuk Seri Idris Jusoh walaupun istana telah menolak bekas Menteri Besar itu.

Dalam masa yang sama 23 ADUN BN itu turut membawa penyokong mereka mengadakan perhimpunan haram di Kuala Terengganu untuk membantah istana. Rosol Wahid sebagai juru cakap kumpulan 23 ADUN BN ini juga telah mengeluarkan ugutan kepada Sultan untuk memulau Menteri Besar termasuk untuk tidak hadir majlis angkat sumpah. Mereka juga mengancam untuk meletak jawatan selain membuat ugutan untuk memecat Ahmad Said sebagai ahli Umno.

Perbuatan biadap dan derhaka 23 ADUN BN atas arahan Presiden Umno ini kemudian mengundang perbuatan biadap penyokong mereka. Selain mengadakan perhimpunan haram dan menghantar memorandum bantahan kepada istana, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada istana.

Kemuncaknya, penyokong Idris yang ‘taat’ kepada arahan Presiden Umno itu telah menggelarkan Sultan Terengganu sebagai ‘natang’ (binatang). Kini setiap hari juak-juak Presiden Umno berhimpun secara haram di Kuala Terengganu dan di Kuala Lumpur, 23 ADUN tersebut mengadakan sidang akhbar untuk menyerang Ahmad Said atau Istana Terengganu.

Presiden dan Setiausaha Agung Umno pula dilaporkan memberi kata dua kepada Ahmad Said supaya tidak menerima watikah daripada Sultan Terengganu.

DPP Pusat berpandangan perkembangan politik derhaka Umno Terengganu ini mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut. Semua bentuk penderhakaan dan kebiadapan mereka adalah didorong oleh arahan tersebut.

DPP Pusat merasakan bahawa Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang sama ada di bawah Akta Hasutan atau ISA kerana mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara.

Presiden Umno itu juga tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mengarahkan satu ‘perang terbuka’ ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya.

Advertisements

7 Respons

  1. Tun Mahathir kata dah dulu, PakLah xlayak jd PM tp sbb duk merayu & bjanji agar bg sepenggal je krn dah dkt nk retired dah, so.. Tun pun bagilah… tgk2 rosak UMNO… duk ambik KJ jd penasihat terus tamak gila kuasa. Anak2 buah kat Trg pun terikut sama gile kuasa smp sanggup derhaka kat Sultan.

    Tunggulah pemilihan UMNO Dec nanti…
    Kalau ada rezeki, kekal… kalau x… akan dimalukan oleh KuLi.

  2. duo2 jenis gong…

  3. 2 kali 5 je pok loh dgn ku li…umno ni dah boleh gali kubur dah…tenat sangat .

  4. kelih dale rumah sediri dulu gak weh………husam musa ngan nik amar duk koya bila lah tok guru nok letak jawatan…aku nak jadi MB………kalu tok guru letak jawatan.. slogan “KEPIMPINAN DI BAWAH ULAMA'” kena tukar lah weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. itu hanyalah pemikiran orang yang kotor….fitnahhhh…jangan samakan umno dengan pas….kalau nik aziz letak jawatan ,apa salahnya husam jadi mb kelantan..sesuai what.pandai2 je cakap husam nak jawatan nik aziz..
    saja buat fitnah….nak cari pasal la ni…yang bsungguh sangat ni nak pecah belah kan orang pas ni kenapa…cukuplah umno je yang porak peranda..jangan nak kaitkan kami orang2 pas dalam isu2 begini.
    tiap kali ambo balik kelantan mesti pegi sarapan pagi kat jelawat…nasi berlauk di pasar jelawat sedap sangat…..makanan pun murah2…..

  6. keno ko klu husam jadi MB, lagu mana dengan takiyuddin

  7. mana2 pun boleh…..payah2bagi je kat aku….kih kih kih(jst joke)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: