Himpunan Aman bantah Kenaikan harga minyak di Kl hari ini

Lebih 12,000 piket bantah harga minyak
Lebih 12,000 orang menyertai perarakan membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik yang diadakan selepas solat jumaat di sini semalam.

Mereka pada mulanya dijadualkan berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC), bagaimanapun di tukar ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Pertukaran dibuat pada saat akhir selepas Polis menutup jalan Raja abdullah dan Jalan sultan Ismail yang menjadi laluan utama menuju KLCC.

Kumpulan itu melalui Jalan Raja Alang, jalan Tuanku Abdul Rahman dan berhenti kira-kira setengah jam di depan kompleks Beli Belah Sogo sebelum menuju ke Ibu pejabat PAS.

Advertisements

Kerajaan tubuh Petronas antaranya untuk rakyat nikmati harga minyak murah – Husam

Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

“Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

“Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat,” ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah ‘replacement ratio dalam negara (1.8),
Teruskan membaca

SMS Fitnah PAS

Kenyataan Rasmi oleh Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat
Sehubungan dengan SMS yang diedarkan oleh pihak tertentu dan laporan dalam laman web yang mendakwa seolah-olah Parti Islam Se-Malaysia PAS telah menghantar satu delegasi perundingan dengan pihak Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran.

Maka, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menafikan sekeras-kerasnya kewujudan perkara tersebut.

PAS cukup menyedari bahawa sokongan dan mandat yang kami terima daripada pelbagai golongan pengundi yang merentasi pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah untuk kami bersatu dengan parti pembangkang yang lain di atas nama Pakatan Rakyat agar melakukan perubahan, penambahbaikan dan reformasi terhadap pelbagai aspek kehidupan politik dan ekonomi negara agar mengeluarkan rakyat dari kemelut dan krisis berpanjangan.

Tentunya PAS, tidak sama-sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

PAS juga amat sedar akan mainan politik dan perang saraf jahat pihak media dan BN dengan cubaan mereka untuk pecah-perintah Pakatan Rakyat serta menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, rakyat dan pengundi terhadap kami.

PAS bertegas untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, serta komited bagi membebaskan cengkaman dan kezaliman kerajaan Umno/BN ke atas rakyat.

Paling mutakhir keangkuhan mereka selepas PRU ke 12 ialah menarik balik subsidi bahan bakar petrol dan diesel yang menyebabkan rakyat terus derita akibat penderaan dan kezaliman kerajaan BN. Tindakan ini sekaligus telah mencetuskan impak inflasi serta kesan berantai kepada seluruh produk asasi keperluan hidup termasuk kos pengangkutan dan perkhidmatan.

PAS sekali lagi menolak sekeras-kerasnya segala dakwaan jahat BN dan kuncu-kuncunya bagi mengadu-domba dan menyuntik jarum perpecahan di dalam saff Pakatan Rakyat dan serentak cuba memburukkan imej kami di kaca-mata pengundi dan rakyat seluruhnya.