Tak pasal-pasal Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib turut juga bersumpah yang dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Apa sebab. Dia dicabar bersumpah ke. Tanya kawan yang mengikuti ceramah Dato Najib di Permatang Pauh.
Pilihanraya kecil Permatang Pauh dipenuhi dengan sumpah. Sumpah, sumpah, sumpah! menyampah kau dengar ceramah di Permatang Pauh. TV 1, TV2, TV3 tak habis dengan isu bersumpah. betul ke tak betul sumpah. Ada yang cabar Anwar bersumpah pun turut bersumpah.
Terbaru Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Ramlan Porigi yang menjadi saksi sumpah mubahalah yang dibuat Saiful Bukhari Azlan berkata sumpah Saiful itu tidak menurut lunas-lunas Islam.
Kata Ustaz Ramlang, sumpah mubahalah perlu melibatkan kedua-dua pihak dan bukanyya sebelah pihak sahaja.
“Sumpah mubahalah seharusnya dibuat selepas kes tersebut selesai dibicarakan dan tiada keputusan dibuat hasil daripada perbicaraan mahkamah,” katanya di Masjid Perda, Bandar Baru Perda.
Ustaz Ramlang juga menjelaskan bahawa beliau kebetulan berada di situ selepas menikahkan satu pasangan. Dia diarahkan pegawai atasannya supaya menjadi saksi kepada sumpahan yang dibuat oleh Saiful, lapor Sinar Harian hari ini
Sementara itu, kerajaan pula akan mengkaji isu sumpah dfengan mengadakan muzakarah khas mengenai sejauhmana keperluan bersumpah mengikut Islam dalam menyatakan kebenaran.
Muzakarah khas tersebut akan dihadiri oleh semua Mufti yang akan diadakan selasa ini.
Umat Islam keliru, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi.
Siapa keliru, siapa mengeliru dan siapa terkeliru. Demi kepentingan Menteri menjadi keliru, Menteri turut Mengeliru menyebabkan rakyat keliru.
Harapnya rakyat Permatang Pauh tidak terkeliru dengan dakyah sumpah, sumpah, sumpah.
Filed under: BN, Menteri JPM, Pilihanraya Kecil, Politik | Leave a comment »