Dr M: Gejala rasuah sukar dibendung walaupun Najib PM

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Gejala rasuah dan politik wang dalam UMNO tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO Mac depan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu memulihkan semula parti.

“Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan piltik wang.
Teruskan membaca

Nazri Aziz akur keputusan Timbalan Speaker Selasa ini

KUALA KANGSAR, 23 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Aziz berkata, beliau akur dengan apa sahaja keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sama ada beliau perlu dirujuk atau tidak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Selasa ini kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar dalam Dewan Rakyat.

“Saya akur apa jua keputusan Timbalan Speaker. Saya seorang Ahli Parlimen dan perlu hormati Timbalan Speaker, jangan pandai nak merujuk orang lain tetapi apabila kena diri sendiri tidak mahu akur dengan keputusan.

“Itu hak Timbalan Speaker (untuk membuat sebarang keputusan) dn keputusan itu nanti tidak akan menjejaskan tanggungjawab saya kerana banyak lagi kerja yang perlu saya jalankan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Mesra Rakyat di Kati di sini, semalam.

Berhubung kenyataan yang dibuat ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, katanya pada ketika itu beliau kenyataannya adalah benar dan tidak berniat mahu memesongkan kenyataan di Parlimen apabila
memperbetulkannya.
Teruskan membaca

Ibrahim Ali minta MARA ceburi bidang Jualan Langsung

Ahli parlimen Pasir Mas membahaskan peruntukan Kementeria Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 20 November 2008.

Dr M ramal Umno, BN kalah teruk?

Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

“Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

“Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

“Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah,” kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk “Pencalonan Umno”.

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

“Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka – Melayu, Cina dan India – memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

“Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

“Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN,” katanya lagi.


Teruskan membaca

Cadangan Reformis anjur ‘Demo Bogel’ sebagai Tidak Bermaruah, Kata Tok Guru

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi ‘bogel’ bagi membantah kerajaan Selangor menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebagai tidak bermaruah.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan untuk berbogel sebagai membantah kerajaan Selangor bukan satu cara demontrasi yang wajar dilakukan.

“Kisah Nabi Adam a.s dimurkai Allah sehingga telah dibogelkan dan dihantar ke atas bumi. Dan sampai di bumi beliau terus mencari daun kayu untuk menutup auratnya, jadi kita yang bermaruah pun nak buat bogel.

“Bogel tak boleh dilakukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, tak ada manusia yang boleh terima bogel, dalam bilik air pun kita dianjurkan berdoa untuk mengelak gangguan syaitan.

“Masih banyak lagi cara untuk menyampaikan sebarang bantahan atau tidak puas hati tetapi janganlah sampai untuk berbogel, ini cara seumpama monkey,” katanya selepas merasmikan kedai London Fish Tales di Tesco Mall di sini, hari ini.

Baru-baru ini Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar dilaporkan berkata mereka akan mengadakan demontrasi sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar sewa rumah dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Kemenangan Obama – Tok Guru sifatkan perkembangan baru

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon Parti Demokrat Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam petama sebagai satu perkembangan baru.

“Kemenangan baeliau sebagai Presiden AS yang ke 44 menunujukkan pemikiran bahawa kulit putih lebih bernilai, lebih mulia daripada kulit hitam adalah dongeng semata-mata. Dan ia berlaku di negara barat sendiri di mana mereka mengagung-agung kulit putih”.

“Islam awal-awal lagi menyebut kulit hitam atau putih adalah sama kerana tiada perbezaan warna kulit di sisi Allah..Yang lebihnya adalah takwa. Kalau kita letak tempurung di atas rumput pun, dua bulan tempurung itu akan bertukar putih juga, tidak ada lebih apapun..,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, di sini semalam.

Menurutnya, perbezaan antara kulit hitam dan kulit putih hanya diperbesar-besarkan oleh masyarakat kulit putih selama ini dan ia perlu diubah.

Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari Parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa menegenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.

Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, dalam Islam diajar kalu hendak berkawan dengan seorang tidak perlu bertanyakan orang itu tetapi selidik dulu siapa kawan individu berkenaan.

“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat, McCain tak bernasib baik berkawan dengan Geoge W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afganistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, pemilihan calon kulit hitam itu juga menunjukkan masyarakat Amerika Syarikat mulai menerima rakyat kulit hitam sebagai pemimpin.

“Kita mahu masyarakat mengubah tanggapan orang kulit putih mempunyai kelebihan berbanding orang kulit hitam dan pemilihan Obama adalah perkembangan baru kepada dunia,” katanya. – Sinar harian

Tok Guru MB sambut baik cadangan Kempen Budi Bahasa dikalangan Ahli Parlimen

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

“Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.