Berhati-hati bila letak kereta di Kota Bharu

Sekiranya tiada mesyuarat atau tiada demonstrasi besar-besaran di Ibukota setiap hujung minggu Jumaat, sabtu dan ahad, aku akan balik ke Kelantan (Wakaf Bharu). Balik ke Kelantan juga menunaikan tanggungjawab diri dan keluarga kerana isteri dan anak-anak berada di Kelantan. Aku ibarat perantau juga mencari sesuap nasi untuk sara anak dan keluarga.

Walaupun aku balik Kelantan, jarang aku ke Pusat Bandar kecuali pergi mendengar Kuliah Jumaat di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Dato Pati, kini dikenali sebagai Dataran Ilmu. Dataran Ilmu kini menjadi tempat ‘menadah’ ilmu agama daripada Pemimpin PAS di sana. Selain daripada itu, aku ke Kota Bharu berlegar ke kawasan Stadium untuk nonton bola sepak dan bertemu kawan-kawan.

Ke kawasan stadium lebih baik kerana tempat letak kereta tidak kena bayar. Itu yang penting. Lain-lain tempat semuanya kena bayar caj parking, jika bayar sekalipun, wang syiling yang kita bawa tidak akan mencukupi untuk membayar caj parking menyebabkan ‘secaj’ akan dikenakan iaitu RM10.00 denda akan dikenakan dan denda tersebut akan mencecah sehingga RM1,000. Tak tertanggung rasanya. Inilah yang memeritkan.

Semalam Ahad 25 Januari 2009 jam 11.45 pagi, nasib malang ku bertimpa-timpa. Aku terpaksa ke Kota Bharu kerana ingin menunaikan beberapa urusan membantu anak-anak kawan merayu masuk ke MRSM, temujanji dengan Bank, Tabung Haji, Pemegang Harta dan Imigresen semua tergendala akibat Kereta dikunci tayar.
ketaku-250120091
Semalam Bandar Kota Bharu penuh sesak, tiga empat kali pusing baru dapat lihat tempat kereta orang lain baru keluar dari tempat ‘letak’ kereta tersebut (Belakang Mara), maka letaklah kereta saya pula di di tempat tersebut. Ketika itu ada beberapa buah kereta yang diletak pada tempat yang bukan tempat letak kereta, maka akupun terikut-ikut letak sama. Pada fikiran ku dan kawan-kawan lain-lain yang akupun tak kenal mereka (mungkin orang luar Kelantan?), tempat letak kereta tersebut tidak menghalang kereta lain keluar masuk ke tempat parking tersebut.

Selepas 10 minit berurusan dengan MARA, sayapun turun daripada Pejabat MARA, lalu aku lihat lihat keretaku telahpun dikunci tayar. Susah hati dibuatnya…. lihat resit denda, wah RM300 dendanya, mana nak cari duit, suku bulan kerja saya buat belum tentu dapat sebanyak itu. Tanya kawan-kawan di sebelah kereta saya, katanya jika merayu dapat separuh, wah senangnya dapat duit.
sebelah-a-ketaku-25012009
sebelah-ketaku-25012009
Ada seorang menyampuk, bang jika kenal orang dalam dapat kurang daripada seratus bang. Sakit hati lagi aku, kebetulan aku bersama kawan (kerja maybank) ajak ke pejabat YDP atau SU MPKB Bandaraya Islam untuk merayu.

Sambil berjalan ke pejabat aku telefon lah kawan-kawan yang boleh bantu. Maka aku teringat Nombor Hp Nik Abduh anak Tok Guru MB yang juga Ahli Majlis MPKB. Nik jawab “tunggu’ nanti anak buahnya jumpa. Tak lama selepas itu anak buah Nik jumpa saya dan ambil resit pergi merayu. Maka didendalah RM70.00 sambil anak buak Nik Abduh berkata saman letak kereta hampir RM1,000. Jika bayar RM70 pun kunci tayar belum tentu dapat dibuka.

Pegawai bank (kawan saya tadi) berkata semasa Haji Apandi dahulu biasanya bila merayu dengannya denda sekitar RM30 sahaja. Anak buah Nik kata kini pegawai dah berubah. Tak mengapalah. Kita bayar sajalah. Jika bayarpun ni negeri kita juga. Duit kita tak jatuh kat Israelpun.

O.k kita ke kereta. Tengok di Sebelah keretaku pun turut di Kunci tayarnya. Bang tak tengok kereta saya ke sebelum ni. Tak, katanya. Jika saya tengok kereta abang saya tak akan letak kereta saya, katanya yang juga mungkin orang luar Kelantan kerana cakapnya tidak ‘loghat kelate’. Berapa abang merayu, tanya saya. Dapat RM150 bang, katanya merayu dengan YDP. Wah nasib baik sedikit daripadanya. Aku kena RM70. Sedih juga aku mengenang nasibnya.

Katanya lagi saya tak akan datang lagi Kota Bharu.

Saya masih tak berpuashati, maka aku telefon seorang penguatkuasa MPKB (nama gelaran Zaki Inokom) untuk datang tolong bantu. Selepas 20 minit datanglah ia bantu saya untuk ke tempat bayar parking yang sekira-kira setengah kilometer dari tempat kereta saya kena kunci tayar.

Semasa berbincang dengan Zaki, lalu YB Takiyuddin, Exco Kerajaan di depan mata sambil menyapa saya “Ha orang Kuala Lumpur, ada sini”. Saya terus cerita kesah kereta saya, tak sempat habis cerita YB berlalu begitu saja. Nasib saya memang tidak baik.

Kerja aku semalam semua gagal kecuali bertemu pegawai Mara dan plan aku untuk bersama Presiden PAS ke Syria pada minggu depanpun turut terencat kerana passport dan yang berkaitan dengannnya tak dapat disiapkan. Tidak mengapalah, adalah hikmahnya tu.

Selepas itu Zaki ke tempat bayaran letak kereta. Katanya, “Jo keretamu kena bayar RM1,000 lagi saman lama”.
Kataku, “Beginilah mari sini ambil kunci kereta aku, mung simpan saja keretaku ini dalam stor MPKB, aku tak ada duit dah nak bayar”.

Jam hampir 2.00 petang, zaki tadi telefon pula “Jo aku cuba merayu dengan boss, dapat kurang RM100 aku bayar dulu, ok”.

Moral ceritanya begini:
Nak datang ke Bandar Kota Bharu dengan kereta, rakyat kena bawa syiling “banyak”, Jika tidak padah banyak akan menimpa.
Kenal dengan orang besarpun belum tentu boleh selesai masalah ketika kita susah.

Akhir sekali “Kelantan atau Kota Bharu bukan tempat untuk orang susah bernaung”.

Banyak pengajaran untuk ku dan rakyat Kelantan serta pelancong (berkereta) yang mungkin terdiri daripada Perantau Kelantan atau orang luar Kelantan. Fikir-fikirlah…daripada cerita benar ku ini.

Ada lagi cerita …. ada masa kita bubuh sini!!!

Advertisements

15 Respons

  1. Ni pengalaman saya di MPKB. Saya ke sana untuk urusan pembayaran saman ‘parking’ arwah ayah. Di kaunter, saya tanya seorang akak bertudung macam mana nak buat rayuan supaya dapat dikurangkan saman itu. Dia kata boleh settle kat situ.
    Caranya saya kena bayar (tak ingat jumlah sebenar tapi kurang drpd RM100) sejumlah RM X darab 6 (sebab kat situ ada 5 gadis lain dan akak tersebut – akak tu mengira berapa orang kat kaunter tu depan saya). Saya terkedu.
    Mungkin saya ni ‘naive’ sebab semua denda atau saman, saya bayar penuh dan kalu buat rayuan saya sertakan surat.
    Saya insist nak jumpa pegawai sebab dalam hati, saya perlukan surat pengesahan untuk urusan lain.
    Akak tu pun insist bayar kat situ aje. Last sekali saya kata saya kena dapatkan jumlah terakhir sebelum saya bayar.
    Saya salah faham ke dengan maksud akak tadi?

    • kakak tu nak suruh ko bayar kat dia la tu. pastu duit masuk poket dia. pastu dia pun write off la saman ko tu. kakakakaka aku penah macam tu. seronok tau main ngan mpkb ni.

  2. Teruk betul.. Tapi, kalau orang pejabat amal rasuah seperti kerajaan BN, cepat je kan boleh settle? Heh heh.

  3. Kata BRI..Bandaraya Islam…takde ruh ISLAM pun, menyusahkan umat ISLAM lagi adala…

  4. takziah tuan atas musibah yg berlaku.. ambillah dari sudut positif tanpa memburukkan tindakan pihak MPKB BRI. Kalau tindakan sambil lewa pastinya ramai yang mengambil mudah soal meletak kereta secara tidak terurus, ditepi2 jalan, lintang pukang dsb sehingga menggangu lalu lintas. Saya menyokong penuh tindakan pihak MPKB BRI atas ketegasan mereka .. cuma kadang2 perlilah berhemah ..

  5. saudara boleh menyaman MPKB kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk kunci tayar kereta tuan. Hanya polis dan JPJ sahaja dapat mengunci tayar. itu pun bagi kesalahan yang mandori.. bagi kesalahan tuan itu adalah salah kecil.

    Dalam hal ini MPKB telah menyalahkuasa dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan. Jelas sekali MPKB telah melanggar AKta Kerajaan Tempatan dan salah guna peruntukan undang-undnag.

    • Salam. Tumpang tanya. saya dapat surat dari MPKB, RM1700 atas 17 kompaun parking tak bayar kat meter MPKB di Kota Bharu. surat tu kata saya kena setelkan, kalau tak, masuk mahkamah. isi surat tu berbunyi camni>tawaran penyelesaian tanpa perbicaraan bagi kenderaan Dxx 1234 (letak kereta bermeter)<Soalan saya. Bolehkah mereka mengambil tindakan mahkamah?

  6. Saya bersetuju dengan tindakan MPKB menyaman kereta-kereta yang parking tanpa meletakkan /membayar petak.Sikap pemandu ramai yang tak membayar parking.Saya sendiri pernah kena denda RM10 ringgit…kerana tak bayar denda saya kena kompaun RM100.Saya pun buat rayuan , kenalah bayar RM30.00.

    Sebenarnya kalau kita tak bayar memang patut kena saman.Jika saudara pergi ke Miri SArawak,tuan-tuan letak kereta tanpa bayar petak parking , dalam masa 5 minit sahaja ,warden parking akan saman…maknanya diKelantan lebih bertimbang rasa sebab ramai sebenarnya yang tak bayar petak letak kereta…tambah-tambah lagi kalau di majlis daerah lain.

    Kalau pakat tak nak bayar..mana majlis daerah nak dapat sumber.
    Kepada MPKB , perbanyakkan tempat parking..hakikatnya di Kota Bharu payah nak parking terutama hari Sabtu atau musim cuti sekolah.

  7. Saya tak setuju dengan pandangan peguam muslim yang kata hanya JPJ dan polis sahaja boleh kunci tayar..

    Di UKM,Bangi pengawal keselamatan memang kunci tayar kereta pengguna yang melakukan kesalahan parking.mereka bukan JPJ pun

    Yang paling malang wujud dikriminasi.Kalau pelajar buat kesalahan kena denda RM30@50.tetapi kakitangan dendanya separuh sahaja…padahal yang pekerja ada pendapatan tetap.

  8. mmg teruk keadaan kota bharu. bangunan dan parking tidak dirancang dgn teliti, mcm tak ada kepandaian. tu x ada parking, ada yg saya jumpa mesin parking rosak, asyik telan duit tp mpkb tak baiki…tu lg makan duit rakyat.

  9. pernah jugak terkena dgn penguatkuasa mpkb nehh,mmg berlagak nk mampos!wallet sy tertinggal kt tmpt makcik jual keropok di tkt 1,psr ct khadijah.so,sbb nk cepat,sy terpaksa parking keta kt tepi bsn.dtg2 jer,tyr dh kena kunci.sy cl opis mpkb,x sampai 15 minit,penguatkuasa dorang sampai,mintak rm100~dh diskaun katanya…sy tny dorang brapa minimum kompaun,cos sy nk wt rayuan & dorang kata “awk nk byr @ x nk…klu x nk byr,kami x kan buka kunci tuhh”sy dh g tau kt dorang,sy nk cepat,wallet sy tertinggal kt tmpt makcik jual keropok tp alas an sy x diterima..kejam sgt kn…sy cl ops mpkb & petugas kaunter suh sy dtg opis,wt rayuan & dpt byr dgn nilai rm50…sbl balik,semapt jugak sy syorkan pd petugas kaunter terbabit supaya menghantar penguatkuasa mpkb kursus komunikasi berkesan!!

  10. realitinya,penguatkuasa mpkb-bri nehh berlagak mengalahkan pasukan beruniform yg lain…padahal dorang nehh menguatkuasakan akta pbt jer pownnn…koya baguss!

  11. Pengalaman saya pula di MDTM. Saya masukkan syiling bayaran parking selama tempoh masa 1j30m utk ke klinik bdekatan. Hal di klinik selesai 15 minit kemudian. Bila sampai di kereta, sy dikenakan saman dan mesin parking menunjukkan 0.00minit.. Kenapa jadi macam ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: