Di Perak: Umno sedang pasang perangkap?

Umno sedang perangkap di Perak untuk mengguling kerajaan secara tidak demokratik. Tetapi tidak menjadi apabila ADUN Bota, Dato’ Nasharuddin Hashim masuk PKR.

Tiba-tiba kecoh berita ini, “Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

HILANG... PKR Perak mendakwa ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) hilang dan gagal dikesan.

HILANG... PKR Perak mendakwa ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) hilang dan gagal dikesan.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga”.

Baca lanjut dalam cerita ini Dua EXCO Perak: Apa yang berlaku? Nampaknya perangkap yang dipasang Umno belum mengenai kerana dapat dicium oleh Dato Seri Anwar.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendakwa dua Exco Kerajaan Negeri dari parti itu hilang serta tidak dapat dikesan kedudukan mereka.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata ahli keluarga dan parti tidak dapat mengesan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu.

“Kami berharap kedua-dua pemimpin berkenaan selamat dan akan kekal terguh dengan perjuangan parti dan tidak menjadi mangsa mana-mana perangkap,” katanya.

Jamaluddin, 52, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Kes mereka akan didengar pada 10 Februari ini.

Osman mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menghasut kedua-dua exco berkenaan dan menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan mereka.

Selepas seorang wakil rakyat BN iaitu ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar parti menyertai pembangkang minggu lalu, PKR dan Umno dikatakan melancarkan perang psikologi dengan kedua-dua parti cuba untuk menarik mana-mana ADUN untuk menyertai mereka.

Jamaluddin dan Osman tidak kelihatan selepas Nasarudin menyertai PKR dan pihak media juga gagal untuk menghubungi kedua-duanya.

Spekulasi yang mengatakan kedua-dua mereka akan keluar daripada PKR bagi menyertai Umno mula tersebar luas di Perak.

“Kita percaya kehilangan mereka berkait rapat dengan tuduhan rasuah yang mereka hadapi,” katanya.

Kenyataan Osman bagaimanapun bertentangan dengan komen Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada wartawan pada Jumaat lalu.

MB Perak, Dato’ Seri Mohd Nizar memberitahu beliau sudah berinteraksi dengan kedua-dua exco berkenaan serta menyatakan keadaan mereka ‘agak baik’.

Pakatan Rakyat di Perak kini mempunyai 32 kerusi manakala BN 27 kerusi.

2 Respons

  1. baik tak pyh buat pilihanraya… aduyai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: