Perkembangan Perak: 2 ADUN Hilang menjelma bila Speaker Isytihar Letak Jawatan

Pilihanraya Kecil di Dua Dun Perak Wajar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja menerima notis pengesahan kekosongan mana-mana kerusi termasuk di Perak yang kini dilihat menimbulkan kontroversi perundangan.

Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kmemberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil perlu diadakan.

“Mengikut undang-undang, SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya,” kata beliau. Baca Lanjut.

Kerajaan Perak Stabil

Anwar  ......... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Stabil

Anwar ......... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Stabil

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih stabil walaupun terdapat dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu mungkin menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah memberi pengakuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan pagi semalam bahawa mereka berdiri teguh mempertahankan kerajaan itu. Baca lanjut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta.

Beliau dipercayai berjumpa dengan Sultan Perak bagi membincangkan isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam.

Mohammad Nizar kelihatan meninggalkan istana tersebut pada pukul 10.25 pagi namun beliau enggan ditemuramah wartawan.
——————————————————–

ADUN DAP tidak lompat parti

ADUN Jelapang (DAP), Hee Yit Foong tidak keluar parti

ADUN Jelapang (DAP), Hee Yit Foong tidak keluar parti

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong (gambar kiri), yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mengakui bahawa pada mulanya pihaknya tidak dapat menghubung Hee.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa ada Exco Kerajaan Negeri DAP yang telah menghubungi ADUN berkenaan.
——————————————————————-

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

——————————————————————————–
[KEMUNGKINAN PERKEMBANGAN HARI INI]

– Menteri Besar Perak dijangka menghadap Sultan Perak

– Sidang media PKR Perak dan Perhubungan Umno Perak

– Kenyataan susulan ADUN Behrang dan Changkat Jering

– Speaker DUN Perak memaklumkan SPR tentang kekosongan

——————————————————————————–

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.

“Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

MASIH ADUN PKR
“Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno,” kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lalu, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

“Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan “hilang”, Jamaluddin enggan mengulasnya.

Semalam, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa “hilang” dan “tidak dapat dihubungi” sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: