Surat Letak Jawatan memang wujud – MB Perak

Sidang media di kediaman MB Perak, 11.45 malam 2 Februari 2009

Sidang media di kediaman MB Perak, 11.45 malam 2 Februari 2009

TERKINI: Lajnah Politik PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Residensi dekat sini malam ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa itu turut disertai oleh MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.

Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar

Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar

Dato' Seri Nizar ..... Surat letak jawatan memang wujud

Dato' Seri Nizar ..... Surat letak jawatan memang wujud

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

“Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

“Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

“Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut,” katanya.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: