Terkini dari Perak: Pakatan Rakyat tidak akan Bubar DUN Perak

IPOH: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan kerana kerajaan negeri masih stabil, kata Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Ngeh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan HalEhwal Bukan Islam berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita di sini berikutan isu kedudukan dua anggota Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilaporkan oleh Speakar Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar telah meletakkan jawatan.

Semalam, Sivakumar berkata ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi telah memfakskan kepadanya surat peletakan jawatan mereka, dan hari ini telah menghantar surat rasmi kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah untuk memaklumkan kekosongan keduakedua kerusi itu.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker dan akan mengadakan mesyuaratnya esok (Selasa).

Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi juga mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.
—————————————-

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak hadir pada sidang media yang “sepatutnya dihadiri kedua-dua mereka” di sini petang tadi, sebaliknya menafikan mereka telah mengosongkan kerusi masing-masing.

ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu pula membuat laporan polis di Shah Alam pagi tadi.

Status Mohd. Osman dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi menjadi tanda tanya selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar mengumumkan petang semalam bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat bagi mengosongkan kerusi DUN di kawasan masing-masing.

Firdaus Saharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada Jamaluddin berkata, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang ini kerana kurang sihat.

“(Jamaluddin) tak dapat datang kerana tak sihat, bukan hilang, bukan dilarikan,” kata beliau pada sidang media lima minit itu, yang diadakan pukul 3.40 petang berbanding jadual asal 4 petang.

Bagaimanapun kata Firdaus, Jamaluddin sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

———————-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd. Osman Jailu yang “hilang” sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

“Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka),” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: