Umno semakin resah – Husam

Tindakan Adun Bota, Dato’ Nasaruddin Hashim benar-benar mengejutkan Umno sehingga terpaksa memancing dan ‘mengurung’ dua Adun Parti KeADILan Rakyat (PKR) bagi mengembalikan maruah parti itu di Perak.

Usaha ‘mengurung’ dua wakil rakyat Pakatan Rakyat sebenarnya sudah berlaku terhadap Adun PAS di Kelantan pada 1968, apabila lima Adun PAS ‘diculik’ selama sebulan bagi menumbangkan kerajaan negeri.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, Umno didapati begitu resah dengan tindakan dilakukan Adun Bota sehingga semua orang mahu bercakap pindaan antilompat parti.

“Kalau Umno rasa intergriti mereka sudah hilang dan ramai wakil rakyat mereka nak lompat parti sehingga terpaksa buat undang-undang lompat parti, lebih baik bubar parlimen dan buat pilihan raya umum yang baru.

“Buat apa nak sekat orang nak pindah parti dengan buat undang-undang lompat parti.

Mereka yang lompat parti juga sudah tahu Umno sudah goyah. Kalau tak goyah kenapa mereka lompat parti,” katanya di sini semalam.

Isu dua Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu di Perak yang dikatakan dipancing Umno menghangatkan lagi pergolakan politik di negeri tersebut.

Hari ini Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi Dun Changkat Jering dan Behrang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: