DAP Perak beri tempoh 48 jam SPR kaji semula keputusannya

TERKINI: Pemimpin Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

PAS bersama Pakatan Rakyat sepakat membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara jelas mengenepikan bidang kuasa Speaker yang termaktub dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan SPR di mana perlu mengadakan pilihan raya kecil setelah keputusan Speaker menghantar notis makluman kekosongan kerusi dua Dun kepada badan itu. Iklan

Setiausaha Agung PAS Dato’ Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily lewat tengah malam tadi memberitahu bahawa bidang kuasa Speaker sudah jelas dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menolak notis pengosongan tersebut.

“SPR hanya boleh terima keputusan Speaker dan bukannya menyiasat atau membuat inkuiri. Asasnya pilihan raya kecil mesti disyhtiharkan oleh SPR dan sebarang keraguan yang berbangkit boleh dicabar dimahkamah.

“Setakat ini PAS bersama Pakatan Rakyat beranggapan dua Adun tersebut telah meletakkan jawatan,” katanya yang telah pun mengadakan perbincangan dengan pimpinan komponen Pakatan Rakyat berhubung keputusan SPR itu.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Negeri Perak supaya terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan bersedia untuk mengahadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak berikutan tindakan dua Adun yang dilihat cuba untuk menggugat kestabilan politik Perak.

“Tindakan undang-undang sedang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk menangani hal terbabit,” katanya ringkas dan mahu seluruh rakyat berdoa supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak semakin kukuh sekaligus terus mentadbir dan memimpin rakyat amnya.
——————————–

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

“Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

———————————–

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

“Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.

Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.

Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker.

“Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

“Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: