Tiada Pilihanraya Kecil, Surat Speaker ragu, Kata SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi – dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) – yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan surat-surat yang diterima semalam pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - foto The Star

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan surat-surat yang diterima semalam pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - foto The Star

Dengan itu, SPR mengisytiharkan tidak wujud kekosongan bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam di sini.

Dengan itu pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan tidak akan diadakan.

Mengulas sama ada SPR akan menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan memandangkan ia pertama kali berlaku, Abdul Aziz berkata, bukan tugas SPR untuk melakukan siasatan.

“SPR berpegang kepada dua surat yang diterima serta keputusan mesyuarat kali ini yang bermakna tidak perlu diadakan pilihan raya kecil bagi keduadua DUN berkenaan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, salinan surat yang dihantar oleh kedua-dua Adun itu juga tidak menyatakan sama ada mereka akan menyertai manamana parti lain, sebaliknya hanya menyatakan surat yang dihantar oleh Sivakumar adalah tidak berkuat kuasa.

“Jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah dan terpulang kepada mahkamah untuk menimbangkan daripada aspek perundangan untuk membuat keputusan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: