Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan cabar Keputusan SPR

Dato' Seri Mohd Nizar ...... akan pertimbangkan juga untuk bubar Dewan Undangan Negeri Perak

Dato' Seri Mohd Nizar ...... akan pertimbangkan juga untuk bubar Dewan Undangan Negeri Perak

Kerajaan negeri Perak tetap dengan keputusannya dan tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam ini berkata, jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya, tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

“Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa keduadua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Mohd Nizar juga mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

“Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya,” katanya ketika menjawab soalan media.

Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.
———————-

Terdahulu Karpal memberitahu Bernama baahwa adalah sia-sia untuk mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang dan Changkat Jering, di mahkamah.

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia “akan hanya membazirkan usaha dan masa” untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

“Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

“Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Pandangan Karpal Singh itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian veteran parti itu Lim Kit Siang, yang dalam satu kenyataan berkata, SPR telah bertindak mengenepikan perlembagaan dan di luar bidang kuasanya apabila menolak keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhubung kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan diadakan pilihan raya kecil.

Tugas berperlembagaan SPR, katanya, ialah mengambil tindakan terhadap notis rasmi Speaker DUN Perak mengenai kekosongan di dua kerusi itu dan menetapkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

“SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masing-masing,” kata Lim.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Kemelut politik di Perak meletus tiga hari lepas apabila dua ADUN itu dikatakan “hilang”, menimbulkan kebimbangan yang mereka telah berpaling tadah dengan menyertai Barisan Nasional (BN).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: