Bubar DUN: MB Perak pohon Mengadap Sultan

TERKINI: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak.

Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.

Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak.

Ini bermakna, Nizar telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.

Di Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, Pakatan dan BN sekarang mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dengan 28 dalam Dun Perak.

“Tetapi, kami ada tiga kerusi bebas yang bersama dengan kita,” kata Najib dalam sidang akhbarnya.

Jam 2.40 petang, Adun DAP Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker Perak telah mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiuasaha politik Menteri Besar Perak Misbahul Munir sebentar tadi.

Dan lagi, Semua sedang menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin sama ada akan membubarkan Dun Perak atau tidak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah memohon untuk menghadap Seri Paduka Sultan Perak bagi memohon perkenan agar Dun itu dibubarkan hari ini.

Bagaimanapun sehingga kini, MB Perak itu dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Lanjut, lagi berita sila baca

Sementara itu, di PUTRAJAYA, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 4 petang ini dipercayai ada kaitan dengan perkembangan terbaru pergolakan politik di Perak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: