Berita Terkini

TERKINI: Warkah Nizar kepada Paduka Sultan
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan. Baca lanjut dalam blog

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang ini..

Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

“Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit.

Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kira-kira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.

Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.

Sebelum ketibaan Mohammad Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari.

—————-
DAP minta Hee fikir semula keputusan
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong (gambar) supaya memikirkan semula keputusannnya keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil Bebas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong .... kena fikir kehendak rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong .... kena fikir kehendak rakyat


Lim yang kesal dengan tindakan Hee itu yang sebelumnya merupakan anggota DAP, menegaskan, Hee sepatutnya memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi oleh rakyat kepadanya pada pilihan raya umum lepas.

“Kami berharap agar beliau dapat memikirkan semula keputusannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: