DUN Perak: Terserah kepada Tuanku Sultan

TERKINI: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga diminta mengadap Sultan Perak selepas baginda menerima kunjungan Najib.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.

“Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.

“Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti.

“Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.

Ditanya reaksi sekiranya keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak tidak memihak kepada BN, Najib menjawab: “Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: