Pakatan Rakyat fail saman mohon Isytihar Kekosongan Tiga Kerusi DUN

Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini memohon bagi mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Saman itu difailkan oleh Peguam Bela dan Peguam Cara Leong & Tan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada pukul 11.40 pagi. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.

Sivakumar dan Exco Kanan negeri Datuk Ngeh Koo Ham hadir di mahkamah.

Ketiga-tiga penyandang — Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), dan Hee Yit Fong (Jelapang) — mendakwa surat peletakan jawatan mereka ditandatangani selepas mereka dipilih menjadi wakil rakyat pada Mac tahun lepas.

Sivakumar dan Ngeh dalam satu kenyataan bersama hari ini mengulangi bahawa Sivakumar telah menerima peletakan jawatan ketiga-tiga wakil rakyat dan kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat bagi kawasan berkenaan.

“Pengisytiharan ini dipohon bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi dan pilihan raya kecil mesti diadakan,” menurut mereka

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: