28 ADUN Pakatan Rakyat Pulau Majlis Angkat Sumpah

Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Di Kediaman MB Perak .... Rakyat pohon Tuanku Bubar Dewan Undangan Negeri

Di Kediaman MB Perak .... Rakyat pohon Tuanku Bubar Dewan Undangan Negeri - foto mstar.com

Beliau berkata, kesemua mereka (28 ADUN) telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.

“Saya telah diarahkan untuk meletakkan jawatan dan sekiranya saya berbuat demikian bermakna secara automatik keseluruhan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meletakkan jawatan.

“Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu…pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka,” katanya dalam forum khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.

Lebih 10,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci.

Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.

“Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak,” katanya.

Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.

“Ketika Kami sedang bermesyuarat, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang,” katanya

————————–

Nizar bukan MB pertama enggan meletakkan jawatan
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini ada seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama, Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.

Ningkan mungkin paling dikenali sebagai yang mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan oleh Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu.

Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang Ketua Menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Pada 14 Sept 1966, Yang diPertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti.

Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang diPertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.

Hari ini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengatakan bahawa mereka menyokong beliau

—————————–

Dr Zambry, MB Perak baru
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang sebentar tadi.

Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, esok.

Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: