Anwar kutuk cara Umno/ BN rampas kuasa pentadbiran Kerajaan Perak

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.

FRU tembak gas pemedih mata surai perhimpunan aman

FRU tembak gas pemedih mata surai penunjuk perasaan

“Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.

“Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau,” katanya.

Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.

“Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan,” katanya.

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

“Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah,” katanya.

“Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar…seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.

“Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan,” katanya.

SUHAKAM pertikai cara perlantikan MB Perak baru
Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa ia pilihanraya yang bebas dan adil merupakan satu hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri – selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia – akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: