Rampasan Kuasa Kerajaan Perak secara lompat parti berjalan lancar

TERKINI: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati.

“Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB.

“Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar?

“Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya,” tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

3.55pm: Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

Pelajar Sekolah Agama menjadi mangsa gas pemedih mata

Pelajar Sekolah Agama menjadi mangsa gas pemedih mata

3.48pm: Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh pagi ini.

Nizar dihalau keluar dari Pejabat SUK oleh Dato' SS

Nizar dihalau keluar dari Pejabat SUK oleh Dato' SS

Beliau memasuki bangunan SUK menaiki kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi.

Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, kira-kira 25 minit kemudian, Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB yang kini kosong di bangunan tersebut oleh Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.

Kira-kira pukul 10.40 pagi, Nizar meninggalkan bangunan SUK dan sebelum itu memberitahu wartawan yang beliau dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah pada pukul 3.30 peatng ini.

Pintu masuk ke bangunan SUK yang telah ditutup pada jam 9.25 pagi tadi.

Hanya kakitangan awam yang bertugas di bangunan tersebut sahaja yang dibenarkan masuk.

Sidang media Nizar, sebelum dihalau keluar

Sidang media Nizar, sebelum dihalau keluar

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

mb_boikot-1-1
3.33pm: Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

3.25pm: Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh “kenapa masjid diperlakukan sebegitu.”

——————————-
Nizar Nafi dakwaan Karpal Singh
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa beliau akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

“Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

“Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar,” katanya.
———————-

Speaker pohon Tuanku Sultan tangguh upacara angkat sumpah
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: