Nizar mempengerusikan mesyuarat khas Exco hari ini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mendakwa beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah, pagi ini mengadakan mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri di kediaman rasminya di sini.

Beliau mempengerusikan mesyuarat itu sehari selepas Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Mesyuarat khas itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Idris Shah mulai pukul 11.15 pagi tadi.

Ia dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seah Leong Peng.

Turut diputuskan ialah tanah berstatus pajakan bagi industri dilanjutkan sehingga 99 tahun.

Malah, kerajaan negeri juga kata beliau, telah meluluskan pelantikan 342 ahli bagi 15 majlis kerajaan tempatan negeri Perak.

Mesyuarat khas itu juga meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan keputusan-keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas hari ini.

“Agensi-agensi negeri perlu mematuhi keputusan kerajaan semasa dan tidak timbul soal tidak melaksanakan keputusan yang dicapai,” katanya lagi sambil menambah, minit mesyuarat akan dihantar kepada jabatan-jabatan terbabit.

Mengenai pelantikan dan upacara angkat sumpah Exco Barisan Nasional (BN) Selasa ini, Nizar memberitahu, pihak berkenaan perlu menunggu deklarasi Mahkamah Tinggi mengenai isu tersebut.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan,” katanya.

“Jika mereka terus dengan tindakan angkat sumpah, hanya kita di dunia merupakan satu-satunya kerajaan yang mempunyai dua menteri besar,” katanya.

Tambah Nizar, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa Selasa ini dengan menemui pelanggannya.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa menghadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu “dibolehkan” kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, “saya akan berebut, siapa datang awal.”

Semalam Nizar berkata, akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru tidak sah.

Nizar yang masih mempertahankan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak berkata pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat tanpa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Semalam, Mohammad Nizar juga mengulangi kenyataan beliau bahawa beliau dan keluarganya tidak akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: