GAPENA sifatkan PPSMI Menyalahi Akta Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) semalam membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran kerana mendakwa PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.

PPSMI didakwa menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan selain bertentangan dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu untuk semua.

Sementara itu, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mempersoal tindakan GAPENA membuat laporan polis berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.

“PPSMI ialah satu dasar yang telah kita laksanakan selama enam tahun sebelum saya memegang jawatan Menteri Pelajaran lagi. Jadi tindakan sebegini menjadi tanda tanya apa sebenarnya hasrat dan niat mereka (GAPENA) melakukannya pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat hari ini.

Hisammuddin berkata peluang seluas-luasnya telah diberi kepada mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan dasar itu untuk mengutarakan pendapat mereka tetapi sebarang pengubahsuaian tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata.

“Saya juga telah menyatakan bahawa mesyuarat-mesyuarat meja bulat telah pun diadakan dan akhirnya keputusan untuk dasar ini bukan keputusan saya sendiri ia akhirnya terpaksa dibentangkan pada pihak jemaah menteri setelah ianya diambil kira oleh semua pihak,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains, Hishammuddin berkata, laporan berkenaan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Difahamkan esok (Selasa) Gapena dan NGO-NGO lain akan menghantar memorandum di perkarangan Parlimen kepada Perdana Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen membantah PPSMI.

“Peperiksaan kini masih dalam dwibahasa. Jadi tak ada sebabnya mereka boleh menyatakan dasar ini merupakan punca penurunan TIMSS yang sebelum ini naik dan membanggakan.

“Pelajar kita diberi peluang menjawab dalam dwi bahasa, kalau sekiranya dasarnya hanya dalam satu bahasa sahaja dan kita tengok penurunan, bolehlah kita kata puncanya ialah dasar PPSMI,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: