Tok Guru cabar Ibrahim Ali letak jawatan uji pengaruh politiknya

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.


Ucapan Di Dewan Rakyat inikah yang menyebabkan kemarahan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: “Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan).”

“PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

“Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

“Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

“Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat,” katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: “Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya…”

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Satu Respons

  1. Assalamu’alaikum

    Saya fikir wajarlah adanya diungkap oleh PAS agar saudara Ibrahim Ali berbuat sesuatu yang wajar untuk rakyat dengan mengundurkan diri dari menjadi MP atas nama PAS. Ibrahim sekarang sedang mengintip dan ingin meminang agar diterima kembali masuk semula kedalam dakapan UMNO bila DS najib jadi Presiden UMNO . Dia mahu masuk kembali kedalam UMNO dengan gaya seperti Ultraman yang bisa memberi nafas baru kepada UMNO yang kini dalam keadaan yang semput untuk hidup, rosak jantungnnya untuk bertahan lama, maka ia menawarkan serapah yang katanya ia mampu memulihkan orang yang parah hayatnya. Tetapi dia lupa UMNO yang hayatnya hampir lupus itu tidak ingin mengakui malah engkar menerima erti kehidupan mereka dipenghujung. Boleh dikatakan mereka golongan yang tidak sadar kan hakikat diri mereka. Mereka hidup atas khayalan masa silam yang tidak bisa membawa mereka bergerak kehadapan. Kerana falsafah perjuangan mereka sudah tertinggal arus dan sedang dilanda badai. Maka mereka kelemasan. Mereka cuba berbuat apa saja untuk terus timbul dalam politik negara. Mereka menjerit minta simpati.

    Maka datang lah mereka yang mengimpikan kehidupan ultraman yang sudah diusung zaman. Zaman ini bukan zaman Ultraman. Generasi kini sudah lupa siapa itu Ultraman malah mungkin tidak mengenalinya. Mereka tidak berpijak dibumi nyata.

    Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah falsafah dan perjuangan yang tiada titik noktah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: