DUN Perak: Pilihanraya tergempar selesai krisis

3 Mac 2009: Sidang tergempar DUN Perak di bawah Pokok

PETALING JAYA: Pilihan raya tergempar cara terbaik! Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman hari ini.

DETIK SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi tadi. - foto The Star

DETIK SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi tadi. - foto The Star

“Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

“Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif – pilihan raya baru.

“Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya,” kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran “episod drama politik” terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.

Kenyataan beliau itu menyentuh pelbagai aspek yang berlaku sejak pagi tadi di Ipoh, antaranya penganjuran sidang tergempar di luar DUN, keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak mengiktiraf peguam swasta mewakili Speaker, tindakan polis menghalang ADUN daripada memasuki pekarangan bangunan SUK – yang menempatkan DUN.

Kata beliau, perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

“Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

“Bagaimanapun, Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

“Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain,” kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok di Ipoh hari ini.

Beliau juga menganggap persidangan itu sebagai sah kerana anggota berkenaan dihalang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.

“Mengetahui yang persidangan itu akan diadakan, mereka (pihak berkuasa) mengepung kawasan itu, memaksa mereka (wakil rakyat pakatan pembangkang) mengadakan persidangan di bawah pokok.

“Pada pandangan saya speaker dilantik secara sah, beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan… bagi kita ia adalah persidangan yang sah kerana ada notis yang sah, ada agenda… mereka dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri,” katanya yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan speaker dan 27 wakil rakyat berkenaan memasuki bangunan itu.

Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda – ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: