Khir Toyo melenting bila sebut cerita lalunya

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo melenting bila Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungip mencadangkan kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM1.5 juta untuk pembelian tiga kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan Range Rover oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pembelian kereta Range Rover bernilai RM500,000 oleh Cekal Tulin, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang digunakan oleh isteri beliau (Khir), Datin Seri Zaharah Kechik).

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor mendakwa wujud gerakan sulit untuk menjejaskan reputasi beliau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Beliau mendakwa, terdapat orang UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri sekarang untuk menyerangnya menerusi pelbagai dakwaan tidak berasas.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak terbabit membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ada bukti mengenai dakwaan salah laku membabitkan dirinya.

“Saya sedar dan tahu, ada jaringan di antara orang dalam UMNO dengan pembangkang (kerajaan negeri sekarang) untuk menjatuhkan saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: