Saya Nakhoda PAS, kata Tok Guru

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti Pas.

“Saya Mursyidul Am PAS. Saya umpama Nakhoda. Kalau Tukang Sauh nak jumpa saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau Tukang Layar nak jumpa, tak boleh tolak”, katanya.

Siapa Tukang Sauh dan Tukang Layar yang sampai hati tak nak jumpa dengan Nakhoda.

Sebelum ini Tok Guru Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

“Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan UMNO kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

“Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan Pas ke 54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu Pas tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa Pas Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

“Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah,” katanya.

Nik Aziz berkata, beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada Pas.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda Pas Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Hadi Pentingkan Perpaduan Melayu – Ibrahim Ali
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun kenyataan itu tidak popular di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi telah memberikan isyarat yang jelas betapa perpaduan perlu diberi keutamaan berbanding kepentingan politik dan peribadi.

”Mungkin kenyataan itu dibuat selepas beliau meneliti perkembangan politik semasa yang menyebabkan orang Melayu bertelagah sesama sendiri sehingga Raja-raja Melayu turut memberi peringatan.

”Nampaknya beliau menerima hakikat bahawa kepentingan agama dan bangsa perlu mengatasi politik, apatah lagi kerajaan campuran itu ditunjangi orang-orang Islam dari UMNO dan Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan Abdul Hadi yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Abdul Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pandangan Nik Abdul Aziz adalah berasaskan keadaan politik semasa pakatan pembangkang dan beliau tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan ‘kem’ tertentu menjelang pemilihan parti itu pada muktamar agungnya Jun ini.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu perlu dilihat secara positif apabila beliau menyatakan ia perlu dibincangkan melalui saluran yang sah.

”Dia kata ikutlah peraturan… bawa ke dalam mesyuarat khas, jadi saya lihat ada petanda positif sebenarnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa perpaduan orang Islam dan Melayu yang merupakan majoriti di negara ini adalah kunci kepada kemakmuran kaum-kaum lain

Beliau menegaskan, semua pihak boleh berbeza pendapat namun dalam keadaan yang getir mereka perlu sedar bahawa kepentingan politik dan peribadi tidak akan membawa apa-apa makna.

”Begitu juga dengan mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, dia tidak boleh menggunakan konsep matlamat menghalalkan cara.

”Semua orang ada kepentingan politik dan peribadi namun janganlah bertindak seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri walaupun dengan kaedah yang boleh meruntuhkan negara,” tegasnya.

Bagaimanapun Mengenai percanggahan pendirian antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata: “Itu menunjukkan terdapat percanggahan dalam kepimpinan Pas berhubung isu tersebut dan saya tidak tahu bagaimana Hadi boleh dapat idea sebegitu.”

Katanya, beliau belum mendapat penjelasan Abdul Hadi berkenaan cadangan itu kerana pemimpin berkenaan kini berada di luar negara dan percaya cadangan tersebut dibuat berdasarkan pandangan peribadinya.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat percanggahan dalam kepimpinan Pas dan pakatan pembangkang berhubung isu itu.

“Tidak ada percanggahan sangat, ini hanya berpendapat dan kita boleh bincang dalam mesyuarat pakatan rakyat.

“Tuan guru Hadi Awang masih di luar negara dan apabila dia balik, kita boleh bincang,” jelasnya.

Berbeza dengan Karpal, Anwar mendakwa, beliau telah dimaklumkan mengenai cadangan itu oleh Abdul Hadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: