Tahniah! Dato’ Mohd Amar atas anugerah Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota kelantan (D.J.M.K)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mohd. Amar Abdullah menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) bersama dengan Tengku Indera Pahlawan Diraja (Selangor), Tengku Azman Shah Alhaj.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Anupasna Suwanmongkol dari Patani, Thailand, Pengarah Eksekutif Wijaya Baru Global, Faizal Abdullah; Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin dan Pengarah Urusan LCL Corporation, Low Chin Meng.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai senarai 641 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai dalam istiadat penganugerahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-59, Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO merupakan penerima tunggal anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Datuk.

Kata Aiseri, Ahmad Zahid adalah antara 52 penerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dalam istiadat yang akan berlangsung di Istana Balai Besar.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah dua penerima Ahli Majlis Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

”Seramai enam orang akan menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K) antaranya Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

”Anugerah dan gelaran yang sama turut dikurniakan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Chor Chee Heung; Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Seri Mohd. Shariff Omar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan senarai penerima anugerah darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan sempena 30 tahun pemerintahan baginda di sini hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Ismail Md. Noor dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Mohd. Azman Husin pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K)

Penerima lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Wijaya Baru Global Berhad, Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan), Datuk Zalekha Hassan.

Katanya, seramai empat orang pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (D.P.K.K) termasuk Panglima 8 Briged, Brig. Jen. Azizan Md. Delin.

”Tahun ini, seramai 29 orang menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) juga membawa gelaran Datuk.

”Antaranya Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Ir. Dr. Zainal Mohamed.

”Selain itu, Prof. Dr. Mohd. Yakub @ Alias Zulkifli Mohd. Yusoff dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya; Pengarah Kastam Kelantan, Aziz Yacub; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Mohd. Azamli Jamaluddin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainuddin Ibrahim,” ujarnya.

Katanya lagi, seramai tiga orang akan menerima Ahli yang Ketiga (Taulan) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (P.M.K) termasuk Naib Presiden Kanan 1 Permodalan Nasional Berhad, Kartini Abdul Manaf.

”Seramai lima orang lagi menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K), manakala 12 yang lain dianugerahkan Ahli Yang Ketiga (Paduka), bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang amat Perkasa (P.K.K),” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan senarai penerima bintang antaranya 23 individu akan dianugerahkan Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K).

Seramai 60 orang menerima Bintang Seri Kelantan (S.K) dan 91 orang dikurniakan Bintang Ahli Kelantan (A.K).

”Sementara itu, antara pingat yang diberikan termasuk 44 penerima Pingat Bakti, (P.B) serta 78 penerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S).

”Selebihnya 16 orang menerima Surat Kepujian dan 12 akan dikurniakan Jaksa Pendamai (J.P),” katanya.

Sementara itu, Mohd. Aiseri berkata, pada majlis pengurniaan esok, seramai 102 orang akan menerima pelbagai darjah kebesaran, manakala selebihnya pada satu majlis pengurniaan 30 April ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: