Bunuh Altantuya: Sirul kemuka rayuan

Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, oleh Mahkamah Tinggi Khamis lepas, memfailkan notis rayuan hari ini.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili Sirul mengemukakan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11 pagi.

Jumaat lepas Cif Inspektor Azilah Hadri melalui peguam J. Kuldeep Kumar turut memfailkan rayuan ke atas perkara yang sama.

Siapa sebenarnya suruh bunuh Altantuya?
“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”

Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Harakahdaily | 10 April 2009

Pada 9 April lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan keduadua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersamasama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak yang juga seorang penganalisis politik, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: