Kenapa wakil rakyat BN tidak hadir Sidang, tanya Wakil PAS Ladang

Kehilangan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), menarik perhatian wakil rakyat Pas yang bertanya mengapa penyokong kerajaan yang tidak hadir, pagi ini.

Tengku Hassan Omar (Ladang-Pas) yang bangun bertanya Yang Dipertua, Datuk Tengku Putera Awang, kenapa ramai penyokong kerajaan yang tidak datang.

Tengku Putra menjelaskan beliau juga tidak tahu kenapa ramai wakil rakyat BN yang tidak hadir hari ini.

“Bila saya masuk dewan (pagi) tadi, saya dapati banyak kerusi yang kosong, saya akan tanya kepada YB (Yang Berhormat) berkenaan nanti,” katanya bagi menjelaskan bahawa beliau tidak dimaklumkan kenapa 10 Adun berkenaan tidak hadir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memanggil Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung tindakan 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah itu penting kerana beliau mahu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada Menteri Besar berhubung isu terbaru itu.

Ketidakhadiran Adun BN berkenaan dikaitkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) ancaman yang dihantar kepada tiga mereka awal pagi tadi.

Ia dipercayai berkaitan dengan khabar angin akan ada undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang dewan hari ini atau esok.

10 ADUN BN ‘boikot’ Sidang Dewan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula jam 9.30 pagi tadi menyaksikan lebih 10 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kosong.

Mereka dipercayai berada di satu lokasi berlainan bagi mengadakan sidang akhbar mengenai ugutan yang diterima mereka berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Bagaimanapun, sidang DUN sedang berjalan seperti biasa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak tahu langsung mengenai SMS ugutan bunuh hingga menyebabkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional tidak hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat mengenai SMS ugutan bunuh yang didakwa diterima Adun berkenaan.

“Saya tak berani komen apa-apa sebab saya tak tau cerita. Saya balik pagi tadi jam 2.30 dari Kemaman, jadi pagi ini saya tak tahu apa-apa.

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Berita lanjut dalam 10 ADUN Boikot sidang. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: