Pilihanraya kecil pula bila Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Letih pula puak kena gi tulong. Balah-balah manapun kita kekalkan kemenangan puak kita. Harapnya Pakatan Rakyat dapat letak calon hak comel sengoti.

Semasa Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu, Mohamad Fairus Khairuddin (PKR) menewaskan Calon BN Datuk Abdul Jalil Abd Majid dengan Majoriti 2,219.

Mohamad Fairus memperolehi 7,346 undi, Datuk Abdul Jalil memperolehi 5,127 undi dan undi rosak 184. Jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 82.08% daripada 15,421 pengundi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

“Kami akan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja dimaklumkan oleh Speaker… SPR tidak akan melewatkan pilihan raya kecil,” kata beliau ketika dihubungi.

Kerusi DUN Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Fairus berkata: “Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga.”

Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

“Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga Fairus merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, PKR dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan,” katanya.

Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu, meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Ketika ini, Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: