Fatah Haron kekal sebagai YDP PAS Rantau Panjang tewaskan Rashdan Mustafa

Ahli Dewan Undangan Bukuit Tuku, Abdul Fatah Haron mengekalkan jawatanyya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang selepas menewaskan pencabarnya, Rashdan Mustafa dengan kelebihan undi 217.

Abdul Fatah memperolehi 370 undi manakala Rashdan memperolehi 153.

Manakala bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, Ahli Dewan Undangan Meranti Mohd Nassuruddin Daud menang tanpa bertanding, manaka Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof tewas kepada Ahli Dewan Undangan Gual Periok, Ustaz Mohammad Awang. bagi jawatan Naib Yang Dipertua.

Zailah mendapat 163 undi, Mohammad Awang memperolehi 331 undi manakala seorang lagi Jusoh Ismail memperoleh 25 undi.

Manakala Ketua Urusan Ulama’ disandang Tuan Guru Haji Hussein yang menang tanpa bertanding.

Perwakilan PAS Rantau Panjang turut mencalonkan Dato’ Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar PAS pada Jun akan datang.


Sementara itu di KUBANG KERIAN, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub tidak akan mempertahankan jawatannya selaku Ketua Pemuda dan tidak juga akan memberi petunjuk kepada ahli dalam menentukan calon yang akan menggantikannya.

Salahuddin berkata terserah kepada ahli untuk membuat penentuan.

“Saya tidak akan mempertahankan jawatan dan tidak juga memberi petunjuk dalam menentukan calon yang akan mengganti tempat saya,” katanya selepas Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kubang Kerian yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Salahuddin juga yakin bahawa pertandingan merebut jawatan dalam parti berlangsung dalam suasana sihat dan demokrasi sebagaimana menjadi amalan PAS sebelum ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: