Presiden PAS tarik balik cadangan Kerajaan Perpaduan

Memandangkan ramai yang belum memahami apa yang dikatakannya mengenai Kerajaan perpaduan, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya dalam wawancara dengan Harakah dengan menjelaskan konsep Kerajaan Perpaduan itu berbeza dengan Kerajaan Campuran atau Barisan Nasional yang pernah PAS menganggotai kerajaan tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata elemen-elemen penting dalam kerajaan perpaduan yang dilihat boleh membawa kebaikan kepada rakyat dan menjana perubahan positif terhadap amalan demokrasi di negara ini.

Antaranya berlaku pemisahan kuasa yang jelas, SPR mnguruskan Pilihanraya dengan lebih adil dan parti-parti dalam kerajaan boleh membangkang.

Bagaimanapun olehkerana ramai tidak faham maka saya tarik balik cadangan saya itu, kata Tuan Guru.

Dalam temu bual dengan Harakah edisi pertama minggu ini, Abdul Hadi berkata, beliau menggugurkan syor tersebut atas alasan Umno tidak berani menyahut saranan itu.

“Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu Unity Government tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya.

“Saya yakin dan percaya pada satu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik,” kata beliau.

Abdul Hadi menambah, “apabila masa tenang balik, dia (Umno) fikir balik, apabila keadaan munasabah.”

Katanya, kerajaan perpaduan bertujuan membuangkan orang yang bermasalah dalam negara.

“Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri,” katanya lagi.

Abdul Hadi memberitahu, syor kerajaan perpaduan yang dikemukakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat kerajaan perpaduan dan mungkin dia bimbang kerana akan ada orang dia dibicarakan di mahkamah, maka ia terhenti,” katanya lagi.

Pandangan Tuan Guru Abdul Hadi agar diwujudkan kerajaan perpaduan tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syor kerajaan perpaduan yang dicetuskan Hadi ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu pendekatan ‘politik damai’ bagi mengelak kemelut politik berpanjangan yang merugikan negara dan menjejaskan keamanan.

Tok guru Nik Abdul Aziz menolak cadangan itu yang disifatkannya membelakangkan kehendak akar umbi yang diputuskan dalam Muktamar Tahunan Pas pada Jun tahun lalu di Ipoh dengan pendirian menolak kerjasama dengan Umno.

Malah Tok Guru Nik Abdul Aziz menegaskan, cadangan seumpama itu sewajarnya dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat agung khas dan beliau akan akur sekiranya diputuskan bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: