MB Kedah sedia tanding jawatan tertinggi PAS

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia untuk bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam Muktamar PAS Jun ini sekirannya beliau dicalonkan.

Bagaimanapun, Azizan yang Pesuruhjaya PAS Negeri berkata, beliau tidak akan melobi sesiapa untuk bertanding jawatan tersebut.

Difahamkan setakat ini PAS Kawasan Temeloh telah mencadangkan beliau bertanding Timbalan Presiden.

“Saya terlibat dengan pemilihan parti sejak 1994. Jadi saya tahu tahap kemampuan saya.

“Terserah kepada ahli parti untuk mencalonkan saya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai spekulasi mengenai beberapa jawatan tertinggi PAS akan dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah di Madrasah Perempuan Taklimiah Al-Khairiah di Tok Keling di sini hari ini.

Difahamkan, ada ura-ura mengatakan jawatan Presiden parti yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut dipertandingkan pada pemilihan parti.

“Setakat ini, saya belum dengar ada mana-mana pihak telah mencalonkan saya untuk bertanding sebarang jawatan,” kata Azizan yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa peringkat pusat pada Mutkamar PAS 2007.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: