Media asing burukkan imej Najib?

Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

“Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

“Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, “saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begitu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan.”


Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan “Mahathirism”.

“Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya,” katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep “Mahathirism”.

“Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri,” kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka. – mstar

——-
Media luarnegara yang menyiarkan kisah Najib-Altantuya
1) Liberation, Perancis
2) The New York Times
3) International Herald Tribune
4) Times Online.
5) The Times of India
6) The Australian
7) Kompas (Indonesia)
8) The Nation (Thailand)
9) NineMSN (international Internet)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: