Saiful saman Pahangdaily tuntut RM2 juta

Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang sebelum ini mendakwa telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel berunsur memfitnah dan jahat.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa penulis laman blog berkenaan saiful enggan mendedahkannya.

Saiful tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

“Biar kami serahkan writ saman ini kepada penulis dahulu.

“Kami tidak boleh dedahkannya sekarang.Saya akan susulkan dengan satu lagi sidang akhbar. Insya-Allah,” kata Saiful kepada pemberita selepas memfailkan writ saman berkenaan di sini. Baca lanjut disini.

Apa kata penulis blog Pahangdaily, baca di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: