Umno susun organisasinya, PAS masih tercari-cari Timbalan Presiden baru

UMNO hari ini mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti menjadi Pengerusi Badan Perhubungan di lima negeri.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan badan itu di Wilayah Persekutuan.

Sementara sumber PAS hari ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Manakala Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden.

Mahfuz berkata, beliau perlu menyatakan hasrat untuk sedia bertanding dan selebihnya adalah terpulang kepada perwakilan.

Beliau berkata, bagaimanapun hasrat itu bergantung kepada penerimaan jumlah pencalonan yang boleh membawa kemenangan kepadanya.

“Saya akan tengok jumlah pencalonan dalam tempoh dua tiga minggu akan datang. Jika jumlahnya (pencalonan) tidak menggambarkan kemenangan, mungkin saya tidak bertanding

Manakalan calon-calon popular untuk menyaingi Timbalan Presiden sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah Dato Husam Musa, Mohamad Sabu, Dato’ Seri Azizan Razak.
——————-
Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah).

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Pengumuman oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu mengetepikan khabar angin bahawa bekas Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar akan dilantik ke jawatan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO mengganti Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah pula dilantik sebagai Bendahari UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: