Hari ini Kawan Esok Musuh, Hari ni Musuh esok Kawan

Sinar Harian hari ini mengeluarkan tajuk muka depan “Usaha lagakan Nik Aziz – Hadi, Anak Mursyidul Am dakwa ini konspirasi ‘pembantu-pembantu’ ayahnya.

“Di mana pergi pembantu-pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi Tuhan? Semoga Allah melaga-lagakan antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!” – Nik Abduh.

Berita Sinar Harian mungkin dipetik daripada tulisan bertajuk “kerja-kerja bodoh dalam pas” dalam blognya.

Saya tertarik dengan perkataan ‘pembantu-pembantu’ yang dimaksudkannya. Kesemua pemimpin samada PAS atau BN semuanya ada pembantu. Bukan hanya Muryidul Am PAS saja ada Pembantu, Presiden PAS juga ada pembantu di sekeliling mereka. Bahkan Nik Abduhpun ada pembantu.

Ada pembantu rasmi dan ada juga yang tidak rasmi. Pembantu rasmi Mursyidul Am adalah timbalan Mursyidul Am dan jawatankuasanya serta pegawai-pegawai yang dilantiknya manakala yang tidak rasmi adalah sahabat sekeliling termasuklah keluarga.

Begitu juga Presiden ada pembantu. Pembantu rasmi Presiden adalah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta pegawai-pegawai di bawahnya.

Saya lihat isu yang dibangkitkan Nik Abduh adalah disekitar ‘Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment’ yang ditolak oleh Muryidul Am berikutan pengaruh pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS itu (tulis Nik Abduh – semacam ayahandanya Tidak Bijak).

Sepatutnya tidak timbul lagi isu ini kerana Presiden PAS sudah menarik cadangannya mengenai ‘Kerajaan Perpaduan’ selepas bermesyuarat dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 April 2009. Saya tahu keputusan ini bukan kerana mesyuarat itu tetapi melalui Berita Harakah ‘Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi – TARIK BALIK! yang terbit pada 20-23 April 2009. Semua baca Harakah, tetapi tak faham juga!!

Tetapi olehkerana tidakpuashati (agakan saya?) Nik Abduh cuba untuk mencari sebab kenapa Cadangan Presiden itu diTarik Balik. Lantas menuduh ‘Pembantu-Pembantu’ Mursyidul Am yang serba tahu itu melaga-lagakan isu ayahnya dengan Presiden. Atau Pembantu-pembantu Nik Abduh suruh tulis perkara ini. Takkan begitu. Saya rasa tulisan Nik Abduh ini adalah ‘tulisan ikhlasnya’ ini, tetapi semakin menambah masalah kepada dirinya sendiri.

Saya nampak Nik Abduh cuba mencipta musuh baru pula, baca pula komen-komen tulisannya itu, antaranya yang termuat dalam “aku tidak suka orang bongkak” baca di sini, nampak sangat fitnah semakin menjadi. Saya rasa rentikanlah. Tak untungpun.

Kita jangan lupa Hari ini Kawan Esok Musuh, Hari Ini Musuh Esok Kawan.
Baik lawan musuh daripada dok tikam kawan-kawan.
Berlawan dengan musuh dapat pahala, belum tentu dapat pahala bila bertikam dengan kawan-kawan.
Tetapi mungkin juga kawan-kawan disangka musuh, Musuh disangka kawan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: