Fitnah: MB Selangor saman SPRM dan Kerajaan Malaysia

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu.

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.45 petang hari ini oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Dalam writ yang menamakan Datuk Ahmad Said Hamdan, suruhanjaya dan kerajaan sebagai para defendan, Khalid mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Said pada 21 Februari lepas mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu adalah berunsur fitnah.

Khalid memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi khas dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Beliau tidak menyatakan amaun yang dipohon.

Ahmad Said telah membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelengaraan bagi kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, yang telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendahrendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok itu mendakwa SPRM telah bertindak di luar bidang kuasa mereka, telah secara efektif merampas kuasa dan fungsi Peguam Negara.

Beliau mendakwa para defendan sepatutnya tahu bahawa kuasa mereka terbatas secara eksklusif kepada penyiasatan sahaja dan hanya jika disokong oleh Peguam Negara, mereka boleh menjalankan pendakwaan.

Katanya, melalui peguam belanya, beliau telah meminta penjelasan berhubung tindakan para defendan tetapi mereka (para defendan) gagal memberikan jawapan.

Beliau juga mendakwa para defendan juga enggan memenuhi tuntutannya supaya menarik balik kenyataan itu.

Peguam yang mewakili Abdul Khalid, Sankara N.Nair, dalam kenyataan media berkata motif anak guamnnya memfailkan saman untuk bukan untuk kepentingan wang ringgit tetapi untuk membersihkan namanya. – mstar

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: