PRK DUN Penanti: Hari Mengundi 31 Mei, Penamaan Calon 23 Mei 2009

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti – pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama lapan hari. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.

Dengan keputusan itu, ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya ‘terkelakang’ dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam esok.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dr Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

Dr Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

“Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok… akan diumumkan di Penanti,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution.

Maklumat Ringkas
Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam
Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran
Jumlah petugas: 242 orang
Jumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)
Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: