Email Pilihan: Dua Tok Guru kini “Dibelagakan” oleh Nik Abduh

Assalamualaikum, Mohon saudara Wan Johari siarkan jerit hati saya ini. Saya tidak mempunyai blog untuk mempostingkannya. Saya harap saudara sedia menyiarkannya walaupun pahit. Isu Nik Abduh “menggomol” pembantu-pembantu Tok Guru Nik Aziz sudah menjadi isu nasional. Bukan isu antara beliau dengan pembantu-pembantu itu lagi. Ianya sudah terpalit kepada parti dan Presiden. Jadi, jerit hati saya ini saya mohon disiarkannya. Oleh kerana blog saudara “Jiwo Kelate” maka jiwa saya juga adalah “jiwo kelate”

DUA TOK GURU KINI “DIBELAGAKAN” OLEH NIK ABDUH
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ..dulunya bukanlah seorang yang tersohor. Akan tetapi kini beliau sudah berdiri sebagai “orang-orang yang sudah dikenali” seperti terkenalnya Manohara Odelio Pinot, Tengku Ampuan Kelantan itu. Tulisan Nik Abduh telah tersergam di blog-blog dan terhias di dada-dada akhbar. Bukan senang untuk seminggu berada di helaian akhbar arus perdana Malaysia kecuali bagi orang-orang yang tersohor.

HEBATNYA Nik Abduh adalah kerana keberanian beliau mendedahkan suatu rahsia yang ada dalam “kain” parti. TAHNIAH! kerana jarang orang atau ustaz yang berani “menyelak kain” saudara mara sahabat handai sejamaahnya kecuali NIK ABDUH.

Katalah, benar semua dakwaan Nik Abduh bahawa “pembantu-pembantu ayahandanya adalah orang-orang jahat”, yang memberi nasihat salah tentang “Kerajaan Perpaduan” maka perlukah beliau dedahkan kepada orang luar dari lingkungan ayahandanya?. Kenapa beliau tidak memaklumkan kepada ayahandanya sendiri? Atau beliau sebenarnya mempunyai agenda lain?

Kita tidak merasa hairan sekiranya orang yang jahil dan bukan ustaz atau ulama yang menyelak dan mendedahkan “aurat” ini. Tetapi bila Nik Abduh yang “menyelak” serta mendedahkannya, maka timbullah tanda tanya BEGINIKAH ADAT BERJAMAAH DALAM ISLAM? Di mana letak duduk ilmu berjamaah dalam diri Nik Abduh?

SEKARANG ini isu yang “diselak” oleh Nik Abduh sudah menjadi isu nasional. Seluruh media sudah “membogelkan” ayahandanya. Apa perasaan Nik Abduh? Keceluparan tangan dan pemikiran beliau telah diguna sepenuhnya oleh media massa jahat untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Beliau telah memberi saham yang besar kepada media pengfitnah untuk meneruskan kerja-kerja beliau sendiri. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana kerja-kerja beliau sudah di ambil alih oleh media munafik itu. MAKA kini, siapa yang melagakan siapa sebenar?

BERTAHNIAHLAH Nasaruddin Tantawi dan Roslan SMS di atas keberanian Nik Abduh “menyelak kain” ayahanda dan jamaahnya. Inilah pemimpin masa depan parti!. Inilah para Da’i muda PAS. Bagi mereka,hanya mereka sahaja yang berjuang untuk PAS. Hanya amalan mereka sahaja yang layak Allah terima. Kita yang jahil dan hanya sekadar berpeluang untuk menaikkan bendera serta menampalkan poster ini bagi mereka mungkin patut berada di pinggir syurga sahaja!

NIK ABDUH jangan ingat apa yang ada di dalam kain beliau orang lain tidak tahu. Jangan sampai orang lain juga tidak segan silu untuk mendedahkan di sini. Perfectkah hubungan kita dengan keluarga kita? Bersih sangatkah kita sehingga sesenpun kita tidak makan duit dari hasil balak dari mana-mana orang? Tidak pernahkah kita walaupun sepatah menggunakan nama ayahanda kita untuk berunding pasal balak? Harta-harta yang ada disekeliling pinggang kita itu adakah semuanya suci bersih? Tidak pernahkah kita mempengaruhi ayahanda kita untuk memilih calon pilihan raya si anu dan si anu?. AYAH ANA cukup sinonim dengan anta!

ITU SEMUA adalah tazkirah untuk kamu! Jangan seronok dibuai sokongan padu dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang kamu. Apabila orang jahil mula “menyelak”, maka sudah tentu mereka lagi tiada batasan dan disiplin untuk melakukannya. Jangan salahkan mereka sekiranya ini terjadi, kerana sebenarnya kamu yang mengajar mereka begitu.Sekiranya kamu bersedia untuk ditelanjangi keluarga kamu, silakan!

NIK ABDUH! Berhentilah dari kerja-kerja bodoh yang boleh melemahkan jamaah. Pemimpin boleh datang dan pergi akan tetapi jamaah perlu berdiri tegap dan kukuh. Kini kamu sedang meruntuhkan kekuatan jamaah. Kamu telah menghulurkan pisau kepada musuh kita, Umno-BN. Mereka sedang menghunus pisau yang kamu beri itu ke dada ayahanda kamu dan jamaah. Apakah kamu gembira melihatnya?

Sebenarnya, kamu juga mempunyai “pembantu-pembantu yang sesat dan angkuh sombong”. Sekiranya tidak angkuh sombong sudah pasti tidak celaru biru kampong halaman yang mereka diami. Tiket pendidikan agama yang kamu warisi sepatutnya bukan untuk disalah gunakan. Apakah apabila bernama ustaz maka sesenang itu kamu melempar segala tomahan dan kata-kata kesat?

INGATLAH NIK ABDUH! Sekiranya kamu boleh bersikap kasar dengan mereka (pembantu-pembantu ayahanda yang kamu kata sesat itu), apa jaminan mereka juga tidak akan berkata begitu kepada kamu. Jadi, dimana uslub dakwah yang kamu pelajari itu – bil hikmah? Orang seperti kamu inikah yang akan menjadi pemimpin masa depan PAS?

Apa yang penting, JANGAN kamu seret perbalahan peribadi kamu ke dalam jamaah. Kamu boleh berbalah dengan mereka tetapi jangan guna platform parti. Parti bukan hak kamu. Kami yang tidak ada apa masalah dengan kamu turut terpalit dan menjadi mangsa sindiran musuh akibat dari keceluparan tangan kamu.

AYUHAI PIMPINAN PAS! Apakah kamu tidak mampu menghentikan kerja-kerja bodoh ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: