Nik Abduh menonjol bila Ayahandanya tiada dalam negeri

Selepas dua hari berturut-turut Sinar Harian menyiarkan tulisan dalam blognya, Hari ini (28 April), Utusan pula mengeluarkan tulisannya dalam tajuk “Cadangan Kerajaan: Nik Aziz setuju dengan syarat”, antaranya: “Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Baca lanjut dalam ni.

Semua orang sudah perasan kenapa sekarang, Nik Abduh menonjol kembali. Mungkin kerana Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS yang bakal diadakan tidak berapa hari lagi. Pakat dengan kawan-kawan ‘pembantu-pembantu rapat’ bahawa beliau juga perli ambil kesempatan untuk menempatkan diri dalam saf Pemuda Kelantan yang kini beliau sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, cuma hanya selangkah lagi untuk jadi Ketua.

Ada kawan-kawan saya sms, “Nik Abduh kena berani tunjuk wibawa dirinya, ni dah dekat Pemilihan Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kelantan”. Rupanya ini sebenarnya, baca Anak Haji Dromang nak lawan Anak Nik Aziz.

Mungkin juga!! Nik Abduh perlu menonjol. Mungkin anak dan ayah berpakat. Ayahanda suruh ‘nak bising-bising’ tunggu ketiadaannya. Maka inilah saat terbaik kerana ayahandanya tiada dalam negeri hampir sebulan menunaikan umrah.

Selepas Sinar Harian keluarkan berita “Usaha lagakan Nik Aziz – Hadi” dan “PAS Perlu bertindak”, ramai juga kawan-kawan sms, apa sudah jadi. Saya jawab, adalah tu agendanya.

Akhir sekali saya terima sms ini pula “Kabarnya nik abduh diarah oleh tgna tarik balik tulisan beliiau”. Betul ke? Tarik ke tak tarik tulisan itu, bagi saya tak penting, bendanya sudah berlaku. Tuduh-menuduh sudah. Nak apa lagi, nak perpaduan!! Kerajaan Perpaduan, Perpaduan dengan Umno, perpaduan sesama sendiri pun susah. huh jauh lagi. Semuanya ada agenda tersirat.

Tunggulah saatnya. Mungkin beliau ini bakal dinobatkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan atau bakal pengganti ayahandanya suatu hari nanti. Bakal pemimpin masa depan, kata Roslan SMS.

Advertisements

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: