Bukan senang mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz – Husam

Datuk Husam Musa berkata, beliau bangga jika ada pihak yang beranggapan beliau sebagai “orang yang rapat” dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya bangga jika dikatakan begitu kerana bukan senang nak rapat dengan Tuan Guru (Nik Aziz),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu kepada mStar Online hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Salor itu mengulas berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan Husam antara orang yang paling rapat dengan Nik Aziz telah mempengaruhi pendirian Menteri Besar Kelantan itu dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, Husam menegaskan bahawa beliau tidak pasti mengenai desas-desus yang diperkatakan oleh Nik Abduh kerana bukan mudah untuk mempengaruhi Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS tidak menolak kemungkinan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pada muktamar agung parti Jun ini.

Katanya, beliau akan membuat kajian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan itu.

Antara faktor yang akan diambil kira dalam pertimbangan itu ialah harapan ahli yang memerlukan beliau berbuat demikian, sebab-sebab kewajaran beliau perlu bertanding jawatan itu dan arah tuju masa depan PAS terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Faktor-faktor ini perlu saya diambil kira sebelum saya buat keputusan muktamad berhubung pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat pakaian Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pencalonan yang diterimanya bagi bertanding, Husam berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai pencalonan itu.

“Sebagaimana lazimnya, saya tidak suka menonjolkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam parti kecuali parti yang memerlukan saya berbuat demikian,” katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan, segala tindakannya bergantung kepada kepentingan parti yang mengatasi kepentingan diri sendiri.

“Saya percaya kualiti mulia yang diamalkan ahli PAS masih kekal dalam isu pemilihan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: