Isu Agama Anak: Demonstrasi aman Depan Masjid Kg Baru selepas Solat Jumaat

Demonstrasi aman membantah keputusan Kabinet mengenai Isu Agama Anak di Depan Masjid Kg Baru diadakan selepas solat Jumaat. perhimpunan Aman itu akan diketuai oleh (Pembetulan) Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Kamaruzzaman bukan Salahuddin Ayub.

Sebelum ini Kabinet DATUK Seri Najib Tun Razak dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.

Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam, Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini juga Kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataan bersempena perhimpunan tersebut, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad menggesa kabinet menarik balik keputusan itu yang dianggapnya “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”

“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya.

Berita lanjut akan menyusul.

Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

“Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.

“Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka,” tegas beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: