PAS Shah Alam mahu GandinganTok Guru Hadi – Husam

Pas Shah Alam mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Husam Musa masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dua pemimpin itu merupakan gandingan ulama dan profesional yang diputuskan oleh ahli Pas kawasan itu bagi memantapkan lagi pengaruh dan kepimpinan parti.

Katanya, selain Abdul Hadi dan Husam, pihaknya turut mencalonkan tiga pemimpin gabungan muka lama dan baru untuk menduduki jawatan Naib Presiden.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang yang menyandang jawatan itu ketika ini. – Utusan

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud pula mahu Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu.

“Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan. – mstar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: