Tok Guru Nik Aziz tiada ‘Pembantu Sesat’ – Ketua Pemuda PAS Kelantan

Hari ini (semalam) Sinar Harian menyiarkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh diselar Ketuanya sendiri, Mohd Zaki Ibrahim dengan tajuk besar “Dewan Pemuda selar Nik Abduh” atas isu yang dicipta Nik Abduh sendiri melalui kerja-kerja bodoh dalam PAS dalam blognya.

“Kita yakin kalau Tok guru dikelilingi ‘Pembantu sesat’ PAS tidak mampu kekal berkuasa selama 19 tahun di Kelatan.

“Semua kerja dilaksanakan secara kolektif dikalangan penggerak parti dan kerajaan. Ini menunjukkan Tok Guru dibantu oleh pembantu-pembantu yang baik dan jujur dalam menajyakan program kerajaan dan parti,” kata Zaki yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Zaki berkata demikian mengulas kenyataan Nik Abduh dalam blognya yang mendakwa ayahandanya dikelilingi ‘Pembantu-pembantu yang sesat’.

PAS mampu mengekalkan kuasa di Kelantan kini selama 19 tahun kerana Tok Guru dikelilingi Pembantu-pembantu yang baik dan bukannya pembantu yang sesat.

i. Nik Abduh dipanggil beri penjelasan
Memang Nik Abduh dipanngil Ketua Dewan Ulamak, lantas katanya “Ya, saya telah dipanggil dan saya berharap untuk terus dipanggil lagi dan lagi. Saya telah ditegur sebagaimana lebih kurang ayahanda menegur saya. Saya juga telah menyatakan pendirian saya lebih daripada apa yang telah saya sampaikan kepada ayahanda kerana ianya adalah pertemuan lebih satu jam.”

Kata Nik Abduh lagi, “Pertama, sila ke berita BERNAMA semalam. Apa al Fadhil Al Ustaz Dato Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat kata pasal pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden”.

Memang mengcelarukan!! Tetapi nampaknya Nik Abduh masih cuba menegak benang basahnya walaupun telah di”nasihat”kan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan. Tarik sajalah, menjatuh maruah diri sendiri!!! Menyusahkan ahli-ahli PAS yang ikhlas bekerja yang setengahnya tak berupahpun.

Apapun kita tunggulah apa kata ayahandanya?

ii. Kenyataan Ketua Dewan Ulamak disanggah, aiyya apa sudah jadi
Kenyataan Ketua Dewan Ulamak telah disanggah Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak atas isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh Ulamak.

Kenyataan Mat Iraqi itu disanggah lagi oleh Bapa mertua sendiri, Abdul Fatah Haron dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Salahuddin dalam kenyataannya hari ini dilaporkan berkata sesiapapun yang memimpin parti itu perlu berpegang dan memperjuangkan Institusi Kepimpinan Ulamak sejak 1985 bagi memastikan PAS tidak lari daripada landasan perjuangan.

“Samada jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti biarlah akar umbni yang memilihnya samada mahu memilih dikalangan ulamak atau tidak,” katanya.

Salahuddin mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak Datuk Muhammad Daud Iraqi bahawa Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dari kalangan Ulamak.

Advertisements

Satu Respons

  1. Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
    Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
    Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
    Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
    Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
    Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
    Kenapa ya?
    Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.
    Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.
    Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.
    (Nak baca lagi, gi ke http://kisahbenar.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: