PRK Dun Penanti: PAS bantu PKR

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.

“Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang kita muktamadkan kerana parti itu yang menjadi calon pada PRU lalu.

“Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding. Itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut memberikan komitmen sama.

Wakil lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.

Dato’ Seri Anwar merakamkan penghargaan kepada kedua parti itu dengan berkata “Bagi pihak KeADILan, saya mengucapkan terima kasih kepada Hadi Awang dan Lim Kit Siang atas kerjasama PAS dan DAP untuk memberi sokongan padu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Penanti,”

“Saya menghargai arahan mereka kepada jentera parti di Pulau Pinang dan Penanti khususnya untuk membantu KeADILan,” tambah beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan meletak calon mereka untuk bertanding di Penanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: